Semalam dan hari ini, 2 kali saya mendengar lagu Let Her Go oleh Passenger ini dari corong radio. Ia satu lagu yang sangat ringkas, dengan lirik yang berulang-ulang. Ia mengingatkan saya kepada kawan baik saya, Nadia. Saya pernah menulis kisah kami di sini.

Ada sesetengah lagu mengingatkan anda kepada seseorang.

Ia ringkas dan diulang-ulang, manifestasi kepada kesedihan hati. Ia ringkas, anda melupakannya, anda move on, anda terkenang.

Susah rupanya melupakan sahabat yang pernah ketawa dan menangis bersama kita 🙂 .

“The mind replays what the heart can’t delete”

-Yasmin Mogahed-

2 thoughts on “Let Her Go

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge