Tip Untuk Ulat Buku

Assalamualaikum. Tip pendek sahaja hari ini. Rasanya ramai juga yang ulat buku seperti saya. Suka membaca dan membeli buku tanpa ada sebab-musabab yang munasabah. Bukan sahaja buku, tetapi majalah, dan juga ebook. Saya rasa semakin banyak masalah yang timbul, lebih laju saya melihat dompet, dan membeli buku. Jika orang lain mungkin membeli tudung, beg tangan, saya akan berfikir untuk membeli, membaca buku.

Saya membeli rajin juga, tetapi tiada masa atau lupa untuk membacanya. Kadang-kadang, majalah bulan lepas belum lagi dibaca hehe…. Ada juga yang berjaya dihabiskan, jika saya membawa sebuah buku sewaktu menunggu lama di satu-satu tempat.

Tip saya kali ini adalah:

Letakkan buku atau majalah yang belum habis dibaca di dalam satu bakul terbuka.

Letak di tempat anda paling selalu lihat contohnya di tepi tempat meletak gugusan kunci, beg tangan, telefon bimbit.

Ia mesti bakul atau kotak yang tidak terlalu besar, agar anda tidak memasukkan barang lain pula.

Lumrah sebagai ibu, kita sering ada terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan, masalah domestik yang perlu diselesaikan, barang-barang yang perlu dibeli. Oleh itu, kita mudah terlupa 🙂 .

tip untuk ulat buku

 

Kenapa membeli buku di atas:

1. Cinta Dunia Glamour – kerana ada gambar Heliza Helmi. Motif? Tidak pasti. Dia comel kot 😉 .

2. Dear Diary – penulisnya berumur 18 tahun, hadiri kursus penulisan best-seller bersama saya. Insafi diri sendiri masih tidak menulis buku T_T.

3. Cerita Cinta Ahmad Ammar – kerana ia ditulis oleh seorang ibu yang kehilangan anak yang baik.

4. Projek Dekor Ain Maisarah – kerana kagum ia ditulis secara bersiri, dan masih guna bahasa Melayu tinggi walaupun nampak santai.

5. Chicken Soup for The Soul – suka terma chicken soup, tetapi ini kali pertama beli bukunya. Menyedihkan betul.

6. Majalah-majalah – ada 3 majalah sebenarnya di situ, saya memang magazine girl 🙂

Sebenarnya semua buku ini saya letakkan di dalam almari, bersama segala kertas kursus, buku, fail dan lain-lain. Bila terjumpa rasa gembira pula, rupanya banyak lagi buku yang boleh saya dating minggu ini. Kebanyakannya telah dibaca beberapa mukasurat, harap ada masa untuk baca 1 minggu ini. Harap-harap.

tip untuk ulat buku

 

Idea untuk perpustakaan mini di rumah. Perabot mestilah berwarna putih 🙂 . Walaupun pokok begitu memang tiada di rumah tetapi apa salahnya berangan kan! Hanya ulat buku sahaja faham kebahagiaan dikelilingi buku begini.

Ok, itu sahaja tip untuk ulat buku. Bye!

2 thoughts on “Tip Untuk Ulat Buku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge