Choc Moist Cupcake Recipe Tanpa Guna Mixer

choc moist cupcake recipe tanpa mixer

Hai. Hendak tahu atau tidak resipi cupcake tanpa guna mixer? Ya hanya guna senduk kayu dan spatula sahaja. Tak perlu guna mesin pengadun atau mixer! Ia sangat mudah dan dapur juga menjadi lebih bersih, kemas kalau anda tahu caranya. Alatan yang perlu dicuci pun berkurang, mudah kan! Hari ini saya kongsikan Choc Moist Cupcake Recipe Tanpa Guna Mixer untuk pembaca blog ini.

Ini cupcake pertama yang saya sediakan mengunakan tepung secara konvensional. Kalau dahulu saya sering gunakan tepung segera, tetapi kali ini saya berjaya diyakinkan untuk mencuba resipi ini. Ia memang sangat sedap dan kekal lembab walaupun disimpan lama di peti sejuk. Rasa manisnya juga sesedap rasa. Selepas cuba kali pertama, saya cuba beberapa kali lagi, sebelum terus menyediakannya untuk klien Candy Buffet saya.

Choc Moist Cupcake Recipe Tanpa Guna Mixer

(resipi asal: Azie Kitchen)

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum

1 1/4 cawan serbuk koko (sebaiknya jenis import yang dijual secara kilo)

2 1/2 cawan caster sugar

2 1/2 sudu kecil baking soda/soda bikarbonate

1 1/4 sudu kecil baking powder

1 1/2 sudu kecil garam

2 biji telur gred A, ditambah 1 lagi kuning telur gred A juga

1 1/4 cawan susu segar (Dutch Lady Fresh Milk)

1/2 cawan minyak jagung, ditambah 2 sudu besar lagi minyak jagung

1 1/4 sudu kecil ekstrak vanilla/vanilla essence

1 1/2 cawan air panas (tambah 1 sudu kecil Nescafe)

* Tip mudah first timer : Beli bahan di kedai pembekal bahan bakeri. Tanyakan pada staf di sana.

 

Saya seorang yang bekerja dan agak sibuk juga, jadi ini cara saya untuk menyediakan Choc Moist Cupcake Recipe ini:

Untuk kerja yang lebih teratur, bersih dan menjimatkan masa, sukat dan ayak dahulu bahan kering.

1. Ayak bahan kering seperti tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder

2. Campurkan bersama caster sugar, garam, gaul rata

3. Simpan campuran kering tadi di dalam bekas kedap udara

Masa diambil untuk proses ini: 10 minit sahaja.

Apabila tiba masa anda untuk membakar, mungkin esoknya:

4. Panaskan oven pada suhu 180C selama 20 minit.

5. Keluarkan campuran yang dibuat, dan masukkan telur, susu, minyak, vanilla extract dan air panas.

6. Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu dan spatula, hingga hilang gelembung-gelembung tepung yang mungkin ada.

7. Tuang adunan ke dalam measuring jug separa penuh, dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam cawan cupcake sehingga 2/3 penuh.

8. Bakar selama 25-35 minit. Suhu mungkin berbeza mengikut oven. Oven saya kecil jadi perlu masa 30 minit.

 

7 alatan yang Cupcake Recipe tidak pernah beritahu anda ( untuk beginner macam saya 🙂 ):

choc moist cupcake recipe tanpa mixer

(dari atas: mixing bowl, alat mengayak tepung (merah), senduk kayu dan spatula, measuring jug, cup and spoon, cawan cupcake)

a. Sediakan ketuhar pembakar (RM150 ke atas)

b. Mixing bowl (RM20 ke atas) (boleh guna mangkuk besar sedia ada juga asalkan ia besar, mudah untuk mengayak, bersih)

c. Senduk kayu dan spatula (RM7 satu)

d. Alat mengayak tepung (RM2)

e. Measuring cup and spoon (RM7 satu set) (ini sangat penting selain ia comel, ia memudahkan anda. Tip: beli yang cantik kita rajin baking nanti)

f. Cawan cupcake (RM5 untuk 50 unit/ikut jenis)

g. Measuring jug (RM7 satu) (ini idea saya sendiri untuk menuang adunan ke dalam cawan. Guna kain lap untuk lap lebihan juga)

Resipi ini memang akan menjadi kegemaran saya dan keluarga sentiasa. Saya sangat sibuk juga dengan aktiviti harian dan mingguan. Kebersihan rumah juga sangat penting bagi saya. Resipi ini sangat mudah, dan dapur juga bersih jika anda membuatnya dengan teratur. Permulaannya kita mungkin agak mencuba-cuba tetapi hasil pertamanya memang menggembirakan. Ia jadi manisan wajib di dalam peti sejuk saya sekarang untuk anak-anak. Malah, ia juga jadi kegemaran klien-klien saya. Berminat untuk menyediakan sendiri Candy Buffet untuk yang tersayang, klik sini!

choc moist cupcake recipe tanpa mixer

Untuk buttercream topping seperti di atas, teknik mudah cara saya, KLIK SINI 😉 !

Selamat mencuba Choc Moist Cupcake Recipe Tanpa Guna Mixer ini 🙂 !

One thought on “Choc Moist Cupcake Recipe Tanpa Guna Mixer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge