Memang Bukan Set Kecantikan Shaklee

Hai. Jika anda terjumpa blog ini kerana mencari Set Kecantikan Shaklee, minta maaf, anda salah tempat. Saya pengguna tegar Set Kecantikan Shaklee selama 3 tahun, tetapi kini sudah bertukar!

Kenapa bertukar set supplemen? Jangan salah faham ya, Set Kecantikan Shaklee memang sangat bagus dan lengkap. Saya bertukar kerana ingin mendapatkan supplemen yang mudah untuk saya beli pada bila-bila masa. Almaklumlah sudah pelupa sekarang 😉 . Jika kehabisan stok, boleh hidupkan enjin kereta dan terus beli di farmasi. Terbiasa mengambil Set Kecantikan Shaklee, saya masih mengamalkan pengambilan vitamin secara teratur dan konsisten setiap hari.

Berdasarkan pengalaman saya Set Kecantikan Shaklee secara asasnya terdiri daripada:

  • Vitamin B
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • GLA

Saya kini sudah bertukar kepada vitamin Blackmores.

bukan set kecantikan shaklee

(Buffered C, Evening Primrose Oil + Fish Oil, Executive B Blackmores)

Cara pengambilan saya:

-Executive B dan Buffered C diambil selepas sarapan.

-Evening Primrose Oil + Fish Oil diambil selepas makan malam.

(*kadang-kadang saya ambil sahaja ketiga-tiga sekaligus jika terlalu sibuk)

 

Untuk ketiga-tiga vitamin ini, saya cuma perlu membelanjakan RM100 sahaja sebulan. Malah lebih murah jika saya membeli secara banyak sewaktu Watson membuat promosi (guna kad keahlian).

Ia mudah dibeli kerana ada di mana-mana pasaraya dan yang penting ianya mempunyai sijil halal luar negara yang disahkan oleh JAKIM.

Saya diberitahu oleh pharmacist bahawa apa-apa jenis supplemen memerlukan tempoh selama 3 bulan untuk serasi dengan tubuh badan kita. Saya telah mengamalkan ketiga-tiga supplemen Blackmores ini selama 5 bulan dan hasilnya masih sama seperti Set Kecantikan Shaklee.

Keistimewaan Buffered C Blackmores adalah ia mengandungi Rosehip Oil. Ia bagus untuk menghilangkan parut atau pun kesan-kesan penuaan yang lain.

Seorang wanita yang berusia 30 tahun dan ke atas memang wajib mengambil supplemen untuk kesihatan kulit. Lebih-lebih lagi untuk yang malas menyapu toner, krim seperti saya hehehe….

Semua wanita pasti suka kelihatan segar dan bermaya. Rawat kulit anda dari dalam dahulu sebelum membeli krim dan lain-lain untuk luaran. Jangan mudah percaya dengan lambakan produk baru di pasaran. Lihat mereka yang rajin mengambil kolagen misalnya, akan mempunyai kulit yang halus dan cantik. Tetapi, lihat dompet sendiri dan beli mengikut kemampuan kita. Jika mampu seperti Kak Ton, apa salahnya 😀 .

Tua pasti akan mengejar kita, tetapi cuba lewatkannya. Cuba keluar rumah tanpa mekap, confident tak?

Sebenarnya saya pun kelihatan seperti mak lampir juga di dunia nyata dengan mata panda akibat berjaga malam ( sesiapa pernah berjumpa harap tinggalkan komen yang tidak begitu kejam 🙂 ). Tetapi kesihatan kulit memang saya utamakan kerana saya malas tiada masa membuat rawatan kulit, kurang minum air, jarang bersenam, peminum kopi tegar dan kadang-kadang suka juga makan makanan yang tidak berkhasiat. Gambar di bawah adalah gambar terkini saya setelah 5 bulan mengamalkan vitamin Blackmores.

Kan saya sudah beritahu, post ini memang bukan Set Kecantikan Shaklee, tetapi set Blackmores saya. Jumpa lagi!

about the writer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge