3 Tip Wanita Gembira Bersenam

Hai! Sebenarnya tidak layak pun untuk menulis tajuk ini. Baru sahaja kembali bersenam sejak minggu lepas, itupun di hujung minggu sahaja. Selesai set up candy buffet hari Sabtu, bawa anak jalan-jalan, balik rumah baking 30 biji cupcakes untuk majlis esoknya, dan 5.30 petang terus ke taman rekreasi. Malam bertapa lagi menyiapkan setting barang, topping cupcakes, family time dan menyelit menulis blog. Ahad sedikit rehat, set up tengahari, petang ke taman semula. Penat, tetapi gembira. Hasilnya, otot keting sakit hingga hari ini. 3 tip wanita gembira bersenam, macamana ya? Macam terseksa sahaja 😉 .

3 tip wanita gembira bersenam

1. Lakukan apa yang anda suka

Ini klise. Tapi serius. Lakukan senaman yang anda gemari. Ada sahabat saya gemar berlari, dan hebat melakukannya. Anda mungkin gemar berbasikal sejak kecil, jadi cuba berbasikal. Tidak perlu terikut-ikut orang lain, jadi diri sendiri. Saya misalnya sukakan lagu, jadi sangat sukakan aerobik. Satu jam sesi aerobik boleh membakar 400 kalori dan lebih. Ia ada senaman squat, kardio dan sebagainya. Di Melaka, terdapat taman rekreasi di Bukit Serindit yang mempunyai kumpulan aerobik dan tai-chi untuk orang ramai. Sebagai bonus, ada senaman lite dance di akhir sesi. Bukan lite dance yang romantik pun, poco-poco misalnya, kadang-kadang zumba.  Ada juga yang jogging, berjalan kaki, skateboarding, roller blading, membawa anak bermain, berkelah di tepi tasik, bermain bolasepak, hoki dan sebagainya. Memang meriah.

2. Pilih tempat yang selesa, tidak begitu memaksa

Tip wanita gembira bersenam. Mulakan dengan langkah yang kecil. Selagi anda tidak begitu rajin bersenam setiap hari, mungkin tidak perlu mendaftar di kelab atau gym. Bersenam di taman rekreasi misalnya lebih santai dan terdapat ramai mereka yang seperti anda. Percuma pun ya. Tetapi awas, anda mungkin tercabar melihat ahsoh atau uncle memotong anda yang berlari-lari anak. Di Bukit Serindit misalnya, bayaran RM2 dikenakan untuk satu jam sesi aerobik. Trainer juga kelakar dan pandai memaksa semua orang menjadi gigih bersenam. Setiap Jumaat hingga Ahad, terdapat lebih kurang 100-200 orang yang menyertainya. Anda tidak berasa begitu tertekan jika melihat semua orang seperti anda, santai, dan tidak terlalu serius.

3. Bergaul dengan mereka yang rajin bersenam

Saya kembali bersenam apabila mula membaca blog MK, dan terjumpa semula kawan gila aerobik di mahkamah. Perlu juga ada motivasi membaca atau ada kawan-kawan yang rajin bertanya. Sebenarnya saya pergi aerobik atau jogging untuk mendapat ‘me time‘. Apabila anda bersenam, ia sebenarnya antara anda dan diri anda sendiri sahaja, tidak kira anda dikelilingi beberapa ratus orang pun. Anda mencabar diri, “OK saya boleh buat ini, habiskan jumping jack ini fatso!” 😉 . Motivasi perlu supaya anda tergerak untuk bersenam semula. Bagi saya, ada kawan-kawan yang kelakar, buat latihan yang menyeksakan pun rasa seronok. Dapat buat ketawa, tidak dapat pun ketawa juga.

Wanita bersenam memang bukan mudah, tetapi boleh dilakukan. Jika sibuk pada hari bekerja, ambil masa hari Jumaat hingga Ahad. Ambil masa sendirian mengenang nasib  🙂 . Kerja-kerja di rumah, atau lain-lain boleh menunggu anda. Satu sesi 1 jam sekali, 3 kali seminggu, menyahut saranan Kementerian Kesihatan.

Oh betulkan juga niat untuk sihat dan pandai-pandai menjaga diri. Selesai bersenam, kembali ke pangkal jalan 🙂 .

Jika anda suka berlari, anda patut ke blog MK (klik sini). MK adalah pelari yang konsisten dan pernah dulu mengajar saya bahawa saya perlu mula langkah yang kecil dulu untuk bersenam. Mulakan sahaja, Just Do It! 

3 tip wanita gembira bersenam, mudah kan? Jom kita bersenam!

5 thoughts on “3 Tip Wanita Gembira Bersenam

  1. saya juga sedang warm up balik kegemaran berjogging saya…
    plus last week ke gym hanya dengan rm10 unlimited time…
    rasa sangat best…semoga istiqamah untuk menjaga kesihatan.

    btw…i really love ur writing 🙂

  2. Kaki Blog, ya betul tu. Kaki pun sakit-sakit tanda badan bergerak 🙂

    Fyna, jom kita!

    Maria, saya teringin sangat nak join gym juga. Harap ada kesempatan. Cuma segan tak tahu guna equipment hehe

  3. Good job baby girl!!! Gym bagus untuk build muscle. Actualy aku prefer outdoor than gym. but to build muscle & to tone body aku join lah gym tu. lagi pun dia dkt dgn rumah, all lady gym, murah, bla..bla..

    you can do it too!! everybody mesti ada pengalaman pertama. jangan segan tau. mungkin boleh cuba yang free tril dulu. see if you like it or not.

    Love!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge