So, there is this boy,

He kinda stole my heart,

He calls me MOM.

Aiman

6/5/2006. Aiman 10 bulan. Masjid Tanah. Favourite photo.

Gambar ini diambil sewaktu sepupu saya berkahwin di kampung. Aiman nangis sepanjang hari kerana tidak selesa, terlalu ramai orang yang ingin dukung, bising dan tidak cukup tidur. Mata saya rupanya dari dahulu memang macam panda 🙂 jadi sekarang ini pun kira OKlah sebab sama. Kakak saya datang ingin ambil gambar dan untuk menjaga hatinya, dapatlah gaya di atas. Saya masih dalam fasa menyesuaikan diri menjadi seorang ibu ketika itu. Tidak cukup tidur, anak sakit demam dan pelbagai lagi. Akhirnya dalam keramaian itu, kami bertiga lari keluar sekejap naik kereta ke Pekan Masjid Tanah dan barulah Aiman dapat lelapkan mata tidur. Mama papa pun tumpang lelap sekali haha….

Sehingga hari ini, saya masih dan akan terus mencuba menjadi ibu untuk anak-anak saya. Ia bukan mudah, ada ketawa dan air mata, tetapi memberikan saya 1001 kebahagiaan.

Saya pasti akan merindui saat-saat ini lagi jadi saya tinggalkan kesannya di sini.

P/S: I LOVE U AIMAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge