Emergency Call!

Hari Jumaat 21/11/14 itu memang panas terik. Peluh merecik-recik keluar dari dahi. Saya terperangkap di tepi lebuhraya dari Durian Tunggal menghala ke Air Keroh. Lupa isi minyak kereta. Klise sangat kan. Minyak kering di lebuhraya. Nasib boleh hidupkan semula enjin danย susur ke tepi jalan.

Kenapa lupa isi minyak kereta? Banyak sangat yang difikirkan. Isi-isi cerita blog ๐Ÿ˜‰ , artikel-artikel yang belum siap, janji-janji yang belum ditepati dan 1001 perkara lain lagi. Tidak dilupa sambil menyanyi lagu Ning Baizura, Pasti, lepas baca komen MK di blog ini. Gembira betul kan dapat menyanyi riang ria di dalam kereta.

emergency call

Selepas susur ke tepi, saya telefon seseorang. Tiada orang lain. Dia yang pertama. Kalau dia berada di Amsterdam pun saya rasa saya akan telefon dia juga. Selepas telefon dia, rasa lega. Baru Whatsapp abang-abang dan kakak beritahu stranded di sini, sambil sorok dompet dan telefon di bawah tempat duduk, buka tingkap sedikit sebab panas. Lepas itu, berjemur di dalam kereta dengan enjin mati, macam udang kena bakar. Kereta motor bertali-arus di tepi. Mujur dapat parking di kawasan yang tidak merbahaya.

Masa berlalu, 15 minit, 30 minit. 40 minit kemudian, dia sampai dengan motor. Satu botol berisi minyak petrol, dan satu corong minyak siap getah paip. Senyuman manis dilemparkan kepada saya. Selepas tanya saya OK atau tidak, terus isi tangki kereta dan senyum lagi. Masalah selesai dan saya meneruskan perjalanan. Gembira, nyanyi lagi ๐Ÿ™‚ .

Saya tahu dia akan menaiki motor untuk tiba kepada saya kerana lebuhraya ketika jam 3 petang, Jumaat, cuti sekolah adalah padat. Saya tahu dia sedang bekerja ketika itu. Tidak pernah bertanya kenapa saya lupa mengisi minyak kereta. Dia terima saya seadanya.

Hari ini baru dia meluah kata sebenarnya dia tidak sampai hati melihat saya berpeluh-peluh di dalam kereta semalam. Dan bersyukur kereta saya dapat diletak sebaiknya di kawasan selamat sebelum mati terus.

Lelaki yang sama, akan berkata ya setiap kali saya buat pertanyaan membunuh, tiba-tiba dan dan tidak klise langsung,

“Boleh tak nak belajar bisnes internet? Boleh.”

“Boleh tak nak pergi KL kursus penulisan. Boleh! Nanti Papa hantar ya”.

Siapa yang anda teringat setiap kali anda berada di dalam kesusahan? Hanya ada SEORANG sahaja!

Anda akan menelefon dia tidak mengira di mana dia berada. Tidak mengira sama ada dia dapat membantu anda atau tidak.

Jagalah dia. Dia ada di dalam hati anda! (Dan dia juga biasanya suka melihat anda bahagia)

 

* Mode baru lepas tonton cerekarama Sabtu ๐Ÿ˜‰

2 thoughts on “Emergency Call!

  1. Aww…aku suka entry ni. Aku pun ade sorang orang penting mcm ni (hoho). Memang aku super mengada-ngadaaaaaaa… aku rasa aku pun tk boleh layan kalau ade orang lain yang perangai nye mcm aku ni. tapi dia boleh. dah 10 tahun lebih dah dia layan…

    hehe…

    sila jaga dia bebaik Ana..

  2. hehe kan! gelak gila baca komen ni.

    itulah mengada-ngada itu harus.. dengan yang satu..

    sapo laie nak layan.. kau ado maton gak takpo ๐Ÿ˜€ !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge