Siapa Dalin Ali?

Kenapa nama saya Dalin Ali pula?

Sebenarnya, nama Dalin Ali, saya gunakan untuk tujuan Facebook sahaja. Asalnya ingin guna nama Dali, iaitu kependekan bagi Diana Ali. Tetapi nampak seperti lelaki pula kan. Jadi, saya letakkan Dalin Ali. Terus, nama itu melekat pula hingga sekarang.

Paling mengelirukan, bila rakan-rakan yang belajar di Open Uni tidak pasti perlu panggil Diana atau Dalin. Sebenarnya OK sahaja panggil mana-mana nama sekali pun. Ada yang terbiasa memanggil saya Dalin hingga sekarang.

Pembeli-pembeli ebook pula panggil saya dengan nama Kak Di. Boleh juga  😉 .

Sebenarnya, dahulu jika orang bertanya tentang Thepartykru, dia memanggil saya dengan nama Dalin, saya tahu bahawa dia menemui saya di Facebook Page. Manakala, jika dia memanggil dengan nama Diana, dia menjumpai blog saya. Kononnya, itulah teknik saya dahulu untuk mengetahui dari mana datangnya klien-klien saya. Teknik zaman batu 🙂  . Mujurlah ada menyambung pengajian, rupa-rupanya ada teknik lebih moden ya untuk mengetahui asal-usul klien kita. Tapi, kenalah pergi belajar ya. Saya bayar mahal juga untuk mengetahui tekniknya. Tiba-tiba jadi kedekut ilmu  🙂  . Berdosa hehehe..

Apapun, mungkin nama Dalin Ali ini menjadi nama pena saya. Nama bila saya perlu menulis di sini.

Ia tetap merujuk kepada orang yang sama.

Dalin, Diana, Ana, Kak Di.. mana-mana pun OK sahaja  🙂  !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge