Kadang-kadang

Hai. Mata memang sudah berat,  eyebag  sudah sama hitam dengan anak mata.

Saya baru selesai membuat persediaan dekorasi  Candy Buffet.  Ia memang meletihkan kerana berbeza dengan penulisan, semuanya perlu dirancang dengan teliti.

Jika menulis di sini, saya masih menulis untuk diri sendiri, kepuasan sendiri, tetapi untuk  Candy Buffet,  saya merancang kegembiraan orang lain.

Ada satu lagi  quotation candy buffet  yang masih belum diemel kepada pelanggan.

Kadang-kadang, saya perlu menerima tempahan ini untuk diri saya sendiri. Menutup telefon, komputer riba dan lenyap dalam kesibukan saya menyiapkan segala dekorasi, printable, sketching, memeriksa senarai barangan. Bezanya, dahulu saya perlu merancang selama 2 minggu sebelum, kini saya cuma perlu 3 hari sebelum sahaja. Kebanyakan barangan juga telah lengkap dalam simpanan saya, berbeza dengan dahulu. Pengalaman mengendalikan banyak bufet dan berhadapan pelanggan sebelum ini, tidak boleh dijualbeli. Sama seperti pengalaman berniaga, lebih banyak anda berada dan jatuh bangun dalam perniagaan, akan lebih mematangkan anda.

Beberapa sebab saya menerima tempahan adalah saya sudah terlalu rindu untuk merancang bufet (lagi-lagi apabila pembeli ebook berkongsi cerita), pelanggan yang begitu bersabar menempah dengan saya (menunggu balasan mesej/emel), pelanggan yang bersopan-santun (yang ini memang saya selalu kalah), dan pelanggan yang ingin menempah untuk harijadi anak. Saya dahulu bermula dengan merancang harijadi anak saya, jadi selalulah menjadi kes tidak sampai hati untuk menolak, apatah lagi bila semua ciri-ciri di atas digabungkan. Saya sudah agak selektif menyediakan Candy Buffet sekarang kerana tuntutan keluarga dan anak-anak yang semakin membesar.

Tetapi, merancang majlis skala kecil seperti sudut Candy Buffet ini memang menjadi kegemaran saya. Ia masih salah satu zon pelarian saya.

Merancang Candy Buffet adalah hobi saya, tempat di mana saya melupakan segala-galanya (masalah, rasa rendah diri, ketakutan, kesedihan). Ia tempat saya berkreatif juga  🙂  .

Kegembiraan pelanggan dan meja buffet yang manis memberikan kepuasan yang tidak terhingga kepada saya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge