Bagaimana Wanita Menangani Stress

Hai. Di dalam kehidupan seharian, setiap orang tidak akan terlepas dari menghadapi tekanan atau stress, lebih-lebih lagi wanita. Bebanan kerja, tugasan harian, perubahan hormon akan membuatkan wanita mudah merasa marah, dan kecewa. Jiwa pula sensitif dan berbunga-bunga  🙂  jadi terdapat beberapa cara bagaimana wanita menangani stress dalam kehidupan seharian. Tip ini saya perolehi berdasarkan pengalaman saya yang bekerja, isteri, ibu, Candy Buffet Planner separuh masa dan juga menyambung belajar pada masa yang sama.

1. Lakukan hobi yang baru

Jika tertekan, anda boleh melakukan hobi yang baru. Saya asalnya, suka merancang majlis harijadi anak-anak saya. Kemudian, ada permintaan, saya rancang pula majlis harijadi anak-anak saudara. Saya gembira dan mereka menyayangi saya. Mencuba hobi baru ini, melegakan ketegangan, dan juga sebagai  hideout zone  anda. Kalau anda pernah berimpian untuk belajar melukis folk art misalnya, cuba cari maklumat mengenainya, hadiri kelasnya. Dewasa kini, terdapat pelbagai kelas untuk memenuhi masa anda. Kelas membuat kek, menjahit, menunggang kuda, fotografi. Cari yang sesuai dengan diri anda, dan keluarga juga. Untuk membuat kek dan roti misalnya, anda boleh meninjau Kolej Komuniti berdekatan, atau program anjuran MARA.

Saya merancang untuk menghadiri kelas graphic design, fotografi asas, hias cupcake dan juga gitar bersama anak saya tahun depan. Harap-harap menjadilah ya. Berangan sahaja tidak mengapa, ia percuma  😉  .

2. Bagaimana wanita menangani stress dengan lanjutkan pelajaran. Bukan lagi stress ke?

Tidak ada sesiapa boleh menafikan, zaman yang paling menarik adalah zaman kita belajar dahulu kan. Ia kadangkala stress dan menyiksakan, tetapi anda dapat pula meningkatkan keupayaan diri, dan otak juga dapat berhubung dengan baik. Terperangkap dalam dunia pekerjaan yang sama setiap hari akan menjadikan anda bosan dan tidak bermaya juga. Tidak semestinya belajar di dalam bidang yang sama, cuba lanjutkan pelajaran dalam bidang yang sesuai dengan pekerjaan anda  hari ini, atau dunia yang ingin diceburi. Dengan melanjutkan pelajaran, anda dapat pula berkenalan dengan rakan-rakan baru, dan meluaskan jaringan kenalan anda. Dan, anda mendapat sijil, diploma, ijazah. Paling penting, anda dapat melihat dunia ini dari perspektif yang berbeza. Oh ya, pilih waktu pembelajaran yang sesuai dengan anda juga, pendidikan jarak jauh, online.

Saya sendiri tidak percaya saya telah melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan internet dan strategi media sosial. Sudah selesai pun sebenarnya. Ia pengalaman 9 bulan yang sangat menarik, dan bonusnya, memberikan pulangan yang baik juga. Lanjutkan pelajaran, fokus, selesaikan tugasan mengikut waktu, dan anda akan OK. Elakkan kerja bertangguh, kerana dari hendak mengelak stress, akan menjadi lebih stress pula nanti. Kebiasaannya, untuk pembelajaran sesi dewasa, tenaga pengajar juga akan lebih memahami. Cuma ikuti segala tip, panduan dan due date yang diberikan.

Oh kalau ada kata-kata negatif jika anda hendak melanjutkan pelajaran, abaikan sahaja. Jika anda rasa ia baik untuk diri anda, dan dapat sokongan dari pasangan, teruskan sahaja. Dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki, karya Fathuri Salehudin:

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga”

-Riwayat Muslim-

Ok jumpa lagi ya. Nanti saya cuba kongsikan lagi Tip Bagaimana Wanita Menangani Stress. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge