Kembali ke landasan

Assalamualaikum.

Sekarang tepat jam 3.30 pagi. Saya ada beberapa artikel yang perlu disiapkan. Saya berjanji kepada diri saya untuk menulis di sini setiap hari. Hari ini cuti Deepavali, jadi ada kesempatan tidur awal. Sekarang, sudah bangun untuk mula menulis. Selain penulisan, saya ada dua  candy buffet  untuk dirancang. Merancang bermakna memikirkan dekorasi, menempah  dessert , membeli  candies  dan lain-lain. Selain itu, saya ada 6 set  party rental  tempahan pelanggan untuk diuruskan hingga bulan hadapan. Sabtu dan Ahad ini pula ada percutian bersama keluarga. Jadi, saya perlu merancang semuanya terutama masa untuk menulis, mungkin scheduled penulisan (menulis lebih awal) agar semuanya mengikut jadual yang saya tetapkan.

Saya telah mempunyai senarai tajuk untuk ditulis di dalam diari. Ada di antaranya telah disertai kerangka cerita. Tetapi, apabila tiba masanya untuk saya menulis, sebahagian darinya seakan terhenti dan saya tidak dapat menulisnya. Betullah kita hanya merancang, dan Tuhan yang menentukan. Apa yang penting, saya akan terus menulis di dalam diari, sekiranya mendapat idea. Kadang-kadang, lain yang hendak ditulis, lain pula idea yang datang sewaktu menaip. Ya, jodoh pertemuan idea juga di tangan Tuhan  🙂  .

Saya kini kembali ke landasan saya sendiri. Saya membeli buku-buku dan membacanya. Saya mula membeli akhbar jika sempat, dan membacanya. Jika dahulu, saya selalu mengelak untuk membaca akhbar kerana banyak kisah mengerikan. Kini, saya perlu menulis, jadi saya sangat perlu membaca dengan kerap.

Paling menggembirakan, saya kembali membeli buku-buku. Saya ada alasan kukuh untuk membeli majalah-majalah, kerana saya perlu menulis. Bagi seseorang yang gemar membaca, membeli bahan bacaan memang menggembirakan. Anda berada di dunia anda sendiri dan boleh pula menyimpannya. Saya dikelilingi diari, dan buku atau majalah di mana sahaja, di dalam kereta, di depan TV. Saya kembali menjadi anak Cikgu Ali, yang hidup bertemankan buku  🙂  .

Semoga hobi membaca dan menulis ini memberikan manfaat kepada hidup saya, dan juga kepada orang lain kelak. Insya Allah.

Sekarang sudah 3:55 pagi. Bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge