Do You Want To Build A Snowman?

Do you wanna build a snowman?

Come on lets go and play

I never see you anymore

Come out the door

It’s like you’ve gone away

We used to be best buddies

And now we’re not

I wish you would tell me why!

Do you wanna build a snowman?

It doesn’t have to be a snowman. 

Assalamualaikum.

Lirik lagu Frozen, Do You Want To Build A Snowman ini, mengingatkan saya kepada seorang sahabat baik saya yang telah lama tidak saya temui. Saya dan Nadia (nama saya Diana disebut terbalik menjadi namanya) merupakan sahabat baik sejak saya di Tingkatan 1 hingga ke zaman universiti. Mungkin kerana sedikit salah faham yang berlaku, saya tidak dapat bertemu dengan Nadia lagi.

Kata orang, semakin rapat bersahabat, lebih mudah memendam rasa, dan terluka. Masing-masing mungkin ego di peringkat awal, mahukan dia yang memujuk dahulu dan sebaliknya. Saya dan N (sedih pula nak menaip namanya) sangat rapat. Saya sering ke rumah N kerana Ayah mengenali ibu bapanya yang juga guru sekolah di daerah yang sama. Ayah memberi kebenaran saya bersahabat baik dengan N sebab perangai kami hampir sama, walaupun degil  😉  tetapi pelajaran sekolah tidak dilupakan. Selain N, saya ada beberapa kumpulan lagi sahabat baik. Zaman remaja, kawan-kawan adalah yang paling utama. Tetapi, N adalah antara sahabat saya yang paling akrab.

Saya pernah cuba mencari N, mendapat nombor telefonnya, tetapi tiada kekuatan untuk menelefonnya. Kadang-kadang, saya memandu di hadapan rumah ibu N. Pernah saya google nama N, dan tahu dia bekerja di mana. Sehinggalah tiba suatu hari, saya mula menerima hakikat, bahawa N adalah sahabat yang telah hilang dari hidup saya.

Kata orang, kalau kita mengingati seseorang, diapun sebenarnya mengingati kita kan?

Saya harap ianya benar. Saya tahu, walaupun N tidak mahu mengingati saya lagi, setiap kali dia melintasi pekan tempat kami membesar dan bersekolah, dia pasti akan teringatkan saya. Cuma, mungkin dia tidak mahu terus mengingatinya lagi.

Saya doakan sahabat baik saya, N, bahagia selalu. Doa saya akan selalu bersamanya.

Sebenarnya idea lagu filem Frozen ini datang dari anak perempuan saya. Adik boleh menonton video ini berpuluh-puluh kali sehari dan lakonkan aksi yang sama di dalam rumah. Filem Frozen sebenarnya berkisar tentang hubungan adik-beradik yang terpisah kerana si kakak mempunyai kuasa membekukan semua objek. Adik beri idea untuk menulis tentang ini apabila saya bertanya, “Adik, cerita apa yang mama nak tulis hari ni ya?”. Adik kata, “tulislah tentang princess, Adik kan princess”.

Jadi, video Frozen menampilkan Princess Anna hari ini ya. Selamat menonton 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge