Tips Peluang Perniagaan Online Untuk Wanita (2)

Hai. Berjumpa lagi untuk sambungan Tips Peluang Perniagaan Online Untuk Wanita.

Sepertimana saya maklumkan, saya ada menjual Ebook Candy Buffet dan sehingga kini telah membantu ramai memulakan bisnes candy buffet dan chocolate fountain mereka. Sewaktu sesi coaching bersama mereka, saya mendapati mereka yang kreatif dan tidak pernah kenal penat-lelah akan lebih maju dalam perniagaan.

3. Pelbagaikan cabang perniagaan online anda

Anda boleh mempunyai satu asas yang anda minati. Tetapi, cuba mempelbagaikan cabang perniagaan anda. Jangan melompat dari satu jenis  perniagaan ke satu perniagaan yang lain yang berbeza, selagi yang terdahulu belum benar-benar kukuh .

Sebagai contoh, salah satu pembeli ebook saya, Saidah, asalnya beliau suka membuat kek dan cupcake sahaja. Tetapi, melihat kepada potensi semasa candy buffet dan permintaan ramai, beliau telah membeli ebook saya. Melalui pendedahan di dalam ebook pula, Saidah akhirnya mendapat idea lain, untuk membuat cabang perniagaan party printables kerana beliau pernah bekerja sebagai graphic designer. Malah, Saidah juga mula menjual party supplies seperti cake dan cake stand di Facebook dan Mudah.my, kerana beliau sering pergi menemui supplier untuk mendapatkan bekalan bahan-bahan bakeri. Permintaan untuk party printables dan party supplies dari beliau memang tinggi kerana pembeli ebook saya melebihi 100 orang dan mereka sangat rapat dan berhubungan di Whatsapp dan FB Group juga.

Terdapat pelbagai lagi cabang lain yang boleh dicuba oleh beliau seperti sewaan barangan candy buffet dan chocolate fountain, penghantaran kejutan hari jadi dan sebagainya. Saidah mempunyai kelebihan yang sangat besar, hanya kerana kemahiran membuat kek dan cupcake yang dimilikinya sedari awal.

Bagi saya pula, bermula dengan menjual party supplies, saya mula mencuba menyediakan Candy Buffet, kemudian menulis ebook berkenaannya. Saya mula membuat khidmat sewaan barangan candy buffet dan sewaan chocolate fountain kerana terdapat permintaan yang tinggi dari ibu dan bakal pengantin yang ingin DIY candy buffet dengan bajet terhad. Kemudian, atas permintaan, saya membuat buffet kejutan harijadi untuk majlis persendirian, dan penghantaran kejutan harijadi berserta kek, belon dan hadiah pilihan pula. Semuanya dalam bidang yang sama, di mana saya telah mempunyai pengetahuan atau akses terhadap semua keperluannya. Seperti biasa, asas utama perniagaan, adalah membantu menyelesaikan masalah orang lain. Tidak ada gunanya berniaga sekiranya tiada permintaan.

Kesimpulannya, cuba berfikir di luar kotak, tetapi bukan di luar kotak orang lain. Fikirkan kotak anda dahulu 🙂 .

Jumpa lagi dalam Tips Peluang Perniagaan Online Untuk Wanita.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge