Tips Peluang Perniagaan Online Untuk Wanita

Assalamualaikum. Keadaan ekonomi yang mancabar hari ini mendorong semua pihak keluar dari zon selesa masing-masing. Perniagaan online menjadi pilihan kerana ia dikatakan lebih mudah dan pantas menjana pendapatan. Kali ini, saya kongsikan Tips Peluang Perniagaan Online Untuk Wanita, berdasarkan pengalaman saya sendiri memulakannya 3 tahun yang lalu.

Sejujurnya, tiada satu pun perniagaan yang mudah. Pantas menjana pendapatan itu mungkin, tetapi dengan teknik yang betul. Teknik yang betul pula hanya akan diperolehi dengan usaha menuntut ilmu yang berterusan, samada secara formal ataupun tidak.

1. Mulakan dengan apa yang anda ada

Seringkali kita terdengar, “Saya tidak mempunyai modal, bagaimana saya ingin berniaga?”.

Lihat di sekeliling anda, apakah kepakaran atau minat yang anda ada. Ia mungkin kemahiran menjahit, kraf, menulis atau suka mengumpul koleksi sesuatu barangan. Apa sahaja yang anda suka dan tersenyum bila memikirkannya.

Saya contohnya, gemar mengumpul segala jenis barangan berkaitan majlis harijadi seperti goodie bags, cake stand, cupcake stand, riben dan pelbagai lagi sejak 9 tahun yang lalu. Apabila koleksi agak banyak, saya tahu saya perlu menjual sebahagiannya. Barang pertama yang saya jual secara online adalah goodie bags berharga RM10 setiap set. Selain itu, saya selalu berkongsi idea membuat kraf harijadi di blog. Sebulan selepas jualan goodie bags yang masih tiada pembeli itu, blog saya dipaparkan di majalah LISA, pada bulan Jun, 2012. Saya mengetahuinya dari seorang pembaca yang menghantar komen kepada saya. Terharu juga sebab ingatkan tiada orang yang baca blog saya πŸ™‚ .

Sejak hari itu, saya mula mencatat harga barangan seperti cakestand di kedai pembekal, mencari gambar barangan yang sama di internet (yang cantik), dan memasarkannya di blog. Saya memang tidak pernah berniaga, tetapi seronok melakukannya. Kini saya menjual Ebook Candy Buffet dan Chocolate Fountain, menerima tempahan untuk Candy Buffet berharga minima RM500 serta khidmat sewa barangan majlis pada setiap minggu. Terkini, saya juga ada membuat penghantaran kejutan harilahir, semuanya atas permintaan pelanggan.

Anda tidak memerlukan modal yang besar untuk mula berniaga. Kepakaran yang anda ada misalnya, gemar mengumpul barangan, akan membuatkan anda mahir tentang suatu koleksi. Anda tahu di mana boleh mendapatkannya dengan harga yang berpatutan dan berkualiti. Cuba pasarkan satu atau dua jenis barangan itu dahulu kepada kenalan anda. Jika sambutan baik diterima,Β anda boleh mula memasarkannya di blog dan media sosial seperti Facebook yang anda lawati setiap hari. Tidak pernah berniaga? Anda memang harus mencuba. Tiada modal bukanlah masalah utama. Anda boleh bermula kecil, dan menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk penambahbaikan. Biar untung kecil, lama-lama menjadi besar πŸ™‚ . Pengalaman yang anda perolehi nanti tidak boleh dijualbeli.

2. Dengar masalah di sekeliling anda

Satu lagi tips peluang perniagaan online untuk wanita adalah mendengar masalah di sekeliling anda. Perniagaan yang menyelesaikan masalah orang lain adalah paling menguntungkan. Anda boleh melihat masalah ini di kaca televisyen, mendengarnya di radio, membacanya di suratkhabar, majalah, internet atau mengalaminya sendiri dalam kehidupan harian anda.

Saya dahulu sangat sukar mencari cakestand yang menepati citarasa saya iaitu English Style. Saya mencari di serata ceruk kedai pembekal bakeri, walaupun saya tidak mahir membuat kek. Saya buat carian di internet tetapi tidak berjumpa. Jika ada yang menjual, ia di luar negara dan jadi terlalu mahal pula. 3 tahun yang lepas tiada lagi kedai barangan English Style dibuka di Melaka. Akhirnya, saya berjumpa cakestand pujaan hati saya, berwarna putih, harganya pula sesuai dengan poket saya πŸ™‚ . Saya membeli satu untuk diri saya, mengambil gambar dan mula menjual di blog. Ia laku sehingga pembekal kehabisan stok. Saya seorang sahaja yang membeli semua cakestand di situ untuk dijual. Saya tahu bahawa penggemar cakestand seperti saya pasti akan mencari cakestand seperti itu, kerana saya telah mencari di internet berbulan-bulan lamanya, dan Candy Buffet pula sedang meningkat naik ketika itu. Dengan modal membeli untuk diri sendiri, saya akhirnya dapat menjual puluhan cakestand.

Selain dari mendengar masalah, anda juga perlu membuat sedikit kajian. Cara paling mudah, gunakan “google search” dan taip contohnya “jual cakestand“. Senaraikan orang yang menawarkan perkhidmatan/barangan yang sama. Jika terlalu ramai, merbahaya juga! Cuba pilih barangan yang kurang dijual, tetapi sangat dicari oleh penggemarnya. Atau satu lagi tips, jadikan produk anda unik dan berbeza dari yang lain. Contohnya menjual apam polkadot bersaiz seperti cupcake πŸ˜‰ .

Tidak perlu masalah yang terlalu global. Ia mungkin masalah satu kumpulan sasaran di mana anda sendiri berada di dalamnya. Contohnya, anda bekerja di pejabat. Ramai rakan pejabat suka dengan selendang yang anda gayakan. Ia mudah dililit dan warnanya mudah disuaipadan. Jadi anda boleh menjahitnya sendiri (jika mahir) atau beli sahaja secara borong dengan pembekal, dan jualkan kepada mereka. Kaum wanita memang gemar membeli-belah secara maya kerana kesibukan dalam urusan harian. Jadi, cuba pasarkan juga menerusi menerusi Facebook Page dan blog. Tidak tahu menghasilkan Facebook Page dan blog? Terdapat pelbagai info sama ada secara percuma atau berbayar di internet. Info berbayar biasanya lebih mudah, tepat dan lengkap untuk wanita yang sibuk. Nanti saya akan kongsikannya ya πŸ™‚ .

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Bisnes Candy Buffet? KLIK SINI!

Ok jumpa lagi. Ada sambungan lagi nanti untuk Tips Peluang Perniagaan Online Untuk Wanita. πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge