Tips Untuk Usahawan Wanita Separuh Masa

Assalamualaikum.

Sebenarnya, bukan 10 kali, tetapi beratus-ratus kali saya memberitahu kepada diri saya, untuk BERHENTI dari berniaga online secara separuh masa.

Tetapi, beribu-ribu kali pula Allah memberikan saya petunjuk supaya meneruskannya. Ya, saya seorang yang percaya pada TANDA/SIGN. Satu petanda yang ringkas setiap kali, sudah cukup untuk saya. Nampak seperti ‘old-fashioned’ sangat kan? ๐Ÿ™‚

Alasan untuk berhenti ini biasanya timbul apabila:

  • melihatkan mata sudah seperti mata panda akibat berjaga malam memberi sebutharga, menjawab pelanggan, menyiapkan tugasan belajar, belajar, buat-buat belajar di facebook ๐Ÿ˜‰
  • apabila saya terkejar-kejar di siang hari antara keluarga, kerjaya profesional dan tugasan perniagaan separuh masa;
  • apabila anak perempuan saya menangis sedih setiap kali saya perlu meninggalkannya untuk menghadiri kelas menyambung pengajian dalam bidang pemasaran internet;
  • apabila anak lelaki saya memberitahu adalah sangat TIDAK OK jika saya tidak bersama mereka bertiga menghabiskan hujung minggu sewaktu saya menghadiri kelas;
  • dan, sewaktu menghadapi ragam pelanggan.ย 

Tetapi di sebalik semua keperitan itu, perniagaan internet merupakan lubuk emas kepada usahawan terutamanya wanita. Kaum wanita mempunyai kuasa beli yang sangat tinggi dan sangat gigih membuat carian di internet. Wanita kan lebih memahami wanita! Jadi gunakan kelebihan anda di sini. Saya kongsikan tips bagaimana wanita menangani tekanan perniagaan online yang diusahakan secara separuh masa.

Tips Untuk Usahawan Wanita Separuh Masa:

1. Utamakan Yang Utama

Jadi bertanggungjawab kepada diri sendiri, apakah yang paling penting kepada anda pada ย satu-satu masa? Adakah kerja pejabat yang perlu diselesaikan segera, atau anak kecil yang memanggil anda untuk bermain bersamanya. Panggilan, pertanyaan, tempahan pelanggan akan dijawab apabila anda senang untuk melakukannya. Jangan risaukan kehilangan pelanggan, kerana rezeki datangnya daripada Allah. Servis atau produk yang bermutu serta layanan khidmat pelanggan yang cemerlang, akan membuatkan sedikit kelewatan anda dimaafkan pelanggan, malah mungkin mereka yang sanggup menunggu sehingga anda lapang. Budi bahasa, budaya kita. Jawab pertanyaan pelanggan dengan ringkas, bahawa kita akan menjawab segala pertanyaan mereka sebaik masa mengizinkan.

2. Rancang masa SOHO (small office home office) dengan baik

Seperti yang saya maklumkan, usahawanita kecil seperti saya sering mempunyai mata panda hingga produk yang mahal sedikit seperti Mary Kay pun tidak dapat melindunginya ๐Ÿ™‚ . Korbankan sedikit masa sewaktu anak telah tidur di waktu malam dan selesaikan semua urusan seperti merekod akaun, menjawab pertanyaan serta tugasan yang lain (mana yang sempat, jangan memaksa diri). Mata panda adalah berbaloi jika anda masih ada masa berkualiti dengan keluarga. Lagipun, mereka tetap menyayangi anda tidak mengira kondisi mata anda ๐Ÿ˜‰ . Lakukan kerja dengan teratur contohnya dengan sistem pemfailan yang baik, agar anda tidak merasa tertekan setiap kali ada tugasan yang perlu dilakukan dengan pantas. SOHO yang kemas dan teratur (serta menarik) boleh juga meningkatkan produktiviti anda sewaktu bateri sudahpun lemah di malam hari.

3. Menuntut ilmu yang berkaitan

Memang sedih mendengar rengekan anak-anak sewaktu hendak pergi belajar. Tetapi berniaga memang memerlukan ilmu dan mentor kerana tanpanya masa dan modal anda mungkin terbuang begitu sahaja. Sikap cuba-cuba memang merugikan kerana tujuan berniaga adalah untuk mendapat untung ( ini pesan guru saya ๐Ÿ™‚ ย ) Jangan berniaga jika bukan untuk mendapatkan keuntungan. Korbankan masa berharga pada hari ini agar anda mempunyai masa lapang di kemudian hari. Tanyakan kepada semua ibu bekerja seperti saya, tanyakan di sudut hati anda yang paling dalam, adakah anda mahu mempunyai jadual kerja yang fleksibel dan menguruskan sepenuhnya keluarga anda suatu hari nanti? Jawapannya ada pada diri anda sendiri.

Menuntut ilmu sebenarnya turut membina jaringan kenalan untuk perkembangan perniagaan anda. Pergaulan dengan pelbagai latar belakang, dapat membuka minda, merubah cara berfikir dan anda sendiri dapat lari dari rutin harian pekerjaan anda. Sebenarnya, antara alasan saya mencuba perniagaan online, kerana ingin melepaskan ketegangan dalam kerja. Akhirnya, ia memberikan saya sumber pendapatan, rezeki untuk anak-anak saya dan keluarga. Tetapi jalannya bukanlah mudah. Saya adakalanya menangis untuk menyiapkan tugasan belajar kerana terlalu letih, mengambil cuti untuk menyiapkan website dan ebook, tetapi pulangannya sangat berbaloi. Dengan ilmu yang sesuai dan mengikut peredaran zaman, anda kelak boleh menjalankan perniagaan internet yang lain pula.

4. Menghargai mereka yang berdiri teguh di belakang anda

Di dalam kesibukan anda, pasti ada seseorang yang sangat menyokong, memahami anda. Dia mungkin ibu atau bapa, atau pasangan anda. Saya pernah mendengar bahawa antara ciri-ciri jutawan di dunia, adalah mereka mempunyai pasangan/keluarga yang menyokong tanpa syarat. Hargai si dia yang membantu anda menjaga keluarga (atau menjaga hati sendiri) di saat ketiadaan anda. Berterima kasih kepadanya kerana memahami kegilaan anda untuk terus berada di dunia digital yang serba mencabar ini. Utamakan dia dalam setiap keputusan yang diambil. Jaga batasan dan kepercayaan yang diberikan. Apabila anda perlu membuat pilihan, kembali kepada tips pertama tadi, Utamakan Yang Utama. Mana yang lebih penting, kasih sayang atau wang ringgit?

5. Maju dalam perniagaan? Tentukan sendiri adakah anda bersedia untuk berhenti kerja hakiki anda

Saya percaya bahawa setiap pekerjaan mempunyai tujuan di dunia ini. Setiap pekerjaan saling melengkapi antara satu sama lain. Dengan keadaan ekonomi semasa yang mencabar, fikir berpuluh atau beratus-ratus kali jika anda ingin berhenti dari kerja hakiki anda. Rancang dengan rapi agar ia tidak membebankan anda sekeluarga pula. Dunia perniagaan ada turun naiknya. Terdapat berpuluh-puluh cara yang saya ketahui untuk menjana wang online tanpa perlu berhenti kerja pun. Berhenti kerja dan bekerja sendiri memang impian semua insan di dunia ini, tetapi fikirkanlah kebaikan pekerjaan anda sekarang juga. ย Semua pekerjaan biasanya memberikan manfaat kepada orang lain. Buat pilihan apabila anda telah benar-benar bersedia!

6. Berdoa

Berdoalah kepadaNya di saat anda kebuntuan, atau memerlukan pendengar. Saya sering memanjatkan doa, “Ya Allah sekiranya pekerjaan ini mendekatkan aku kepadaMu, maka dekatkan aku. Sekiranya tidak, maka jauhkanlah aku!” Selebihnya, saya hanya mengikut gerak hati dan ke mana kaki saya melangkah pergi. Pastinya tidak akan jauh dari mereka yang saya kasihi.

Ini talian yang paling saya gemari, tidak pernah offline, tidak kehabisan bateri, tidak pernah sibuk untuk mendengar rintihan saya. Berdoa kepadaNya, dan anda akan terima jawapanNya, bukan yang anda perlukan, tapi yang TERBAIK untuk anda.

Berniaga online memang bukan mudah, apatah lagi buat seorang wanita! Tetapi, dengan ilmu dan panduan yang betul, kita boleh melakukannya. Jatuh bangun dalam perniagaan memang menyakitkan, tetapi anda mendapat pengalaman terus dari universiti kehidupan.

Adakalanya, halangan terbesar dalam diri kita adalah minda kita sendiri. Sentiasa cabar diri kita untuk menjadi lebih baik dari semalam.

Sekian tips untuk usahawan wanita separuh masa dari saya. Jumpa lagi nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge