Oh please!

Hai assalam.

The best part waktu kerja is bila bukan turn ambik anak balik sekolah, lepas tu kau duduk dalam ofis sorang-sorang, aircond macam ais, buat milo-o, cecah roti wholemeal sambil blogging. Heaven. Tapi tulah actually rindu pulak kat anak-anak. Biasa tertunggu-tunggu waktu nak ambik Ica since Aiman dah sibuk dengan kelas tambahan lepas tu dengar dia membebel-bebel waktu lunch tentang si Misha yang nak dapat adik besok (mak dia nak bersalin), pasal si Amira pinjam rubber tak pulangkan, pasal ketua kelas dia nak beli kupon hari kantin rm50 iaitu dapat 5 keping teacher Rajes cakap dan macam-macam lagilah. Dia ni memang copycat saya banyak cerita tapi kat luar senyapppp je (kecuali kalau kena geng lah). Dah dekat 6 tahun ambik anak balik sekolah kelakar actually tengok perangai masing-masing. Yang main kat lopak air hujan, yang lari balik macam nak kejar kapalterbang, yang bergaduh tepi pagar, yang cakap makcik ni cantiklah eh macam-macamlah. Kalau anak dah besar nanti mesti rindu duduk depan pagar sekolah uwaaa….

Last week chatting dengan grup bff. Ada la kisah tentang dapat komen dari orang lain tentang cara kita jaga anak. Macam orang cakap kita jaga anak tak betul, jaga begitu begini lebih baik. Bagi yang dah jadi ibubapa, mesti tahu perasaan tu. Kadang orang komen sikit je kita rasa macam pedih sangat dalam hati. Yang tegur baik-baik takpe, yang tajam menikam tu. Ha yang tu. Kalau yang baik tu kita pun memang terobliged nak dengar kan.

Nasihat saya masa tu adalah buat tak tahu aje. Dalam hidup ni kita akan sentiasa jumpa orang yang lebih baik dari kita. Saya yang tunggu anak dekat pagar sekolah tu pun biasa aje jumpa ibubapa yang baru kenal dah bagitahu anak dia straight A dalam ujian/ exam, atlit sekolah dan semuanya. Saya macam urm baiklah sebab bukan nature saya untuk beritahu benda-benda tu dalam perjumpaan pertama. Orang biasa expect anak saya memang excel sebab anak lawyer kan padahal sama aje. Kalau ada pun kejayaan itu sebab dia usaha dan Allah sudi nak anugerahkan. Takde kuasa saya nak beritahu seantero alam kecuali orang tanya baru cakap. Dah bagitahu tu dah, bukak cerita lain pulak takdelah kau nak exaggerate cerita bagai. Saya tahu bagaimana rasanya ada anak yang bukan performer, anak yang kau kena beri perhatian lebih supaya dia menyinar. I just knew it.

Mulut orang akan sedap mengata. Orang pernah marah saya sebab:

-hantar anak pergi nurseri karang kena dera

-tak breastfeed anak

-tak hantar anak pergi montessori, piano class

-anak saya lasak sangat sebab ikut perangai mak lettew since Papa is a softspoken man

-anak tak nak makan pedas dulu

-saya sibuk sangat kerja

Dan macam-macam lagilah. Tapi prinsip saya senang aje.

Kita tak boleh nak gembirakan semua orang. Semua orang ada persepsi masing-masing. Setiap apa yang kita buat kita dah fikirkan pros dan cons dia. Mungkin kita tak beritahu orang sebab kita ni jenis rilek-rilek aje. Kalau beritahu pun orang takkan faham sebab dia tak lalui kehidupan yang kita lalui. Orang tak tahu pengorbanan kita untuk membesarkan amanah Allah ni. Orang hanya tahu bercakap dan bercakap. Pengorbanan kita untuk keluarga biarlah Allah sahaja yang menilainya kerana Dialah sahaja sebaik-baik penilai.

Kadang-kadang bila melalui hari-hari yang tough, saya selalu ingatkan diri bahawa biarlah satu dunia bercakap apa pun, asalkan Allah mengetahui apa yang terbuku di dalam hati saya. Perkara yang tidak dapat dikatakan, air mata yang jatuh dan peluh yang menitis demi mencari rezeki yang halal biarlah Dia sahaja yang menilainya.

So my fren (u know who u are), just buat bodos saje dengan kata-kata manusia. Yang baik kita jadikan tauladan. Yang menyakitkan hati kita jadikan sempadan supaya kita tak menyakitkan hati orang lain pulak. Yang penting kita happy satu keluarga. Asalkan kita dapat pelukan dari suami dan anak-anak setiap hari yang cakap:

I love you darling/Mama

dah cukup dah.

Bahagia? Kita yang rasa.

Asalkan bahagia yang kekal di akhirat jadi tujuan hidup kita, insya Allah we will be just fine.

Orang mengata?

Oh please! I just dont care.

Cari redha manusia takkan ke mana. Cari redha Allah supaya dalam menangis kau akan tersenyum dan ketawa suatu hari nanti.

Bye!

Fat to fit week 7 & why I love/hate Jenny!

Hai assalam.

Maaflah kalau blog ni semakin membosankan. Tak pasal-pasal korang kena baca journey fat to fit akak. Saya baru tahu bahawa kekuatan saya adalah menulis. Kalau saya menulis saya akan lebih konsisten, lebih gembira, kadang-kadang takde perasaan pun tapi saya pergi aje bersenam. Dia macam dah set dalam otak ok Sabtu dengan Ahad sila pergi bersenam 1 jam. Noktah. Itu saje. I guess that it has become a routine. Maybe.

#The truth. Jadual minum air mineral ada tunggang-langgang sikit sebab seperti biasa selalu kena pergi meeting. Kalau duduk diam-diam dekat office buat kerja memang boleh habiskan 3 botol = 2.1 liter. Kalau kena keluar just limitkan 2 botol sahaja = 1.4 liter. Lepas tu kalau tengok Aiman banyak homework Maths dengan Sains lepas Isya’ dah minum kopi secawan dulu sebab memang dah kena perah otak dengan dia. Bila dah minum kopi ni memang akan kurang minum air. So oklah between 2 ke 3 botol sehari takkan kurang dari tu.

#The best thing. Anak-anak pun semangat nak minum air mineral. Kadang Aiman balik cakap Mama tahu tak apa kejayaan abang pada hari ini?

Apa tu Abe darling?

Abang…telah…berjaya..minum..1 botol air mineral!!!! Abang tak beli air milo tau mama, tapi abang beli air mineralllll… dengan bangga sangat dia beritahu saya dah habiskan air yang 250ml tu.

Whattt?? Hebatnya abang. Fuyyo abe telah menjaga kesihatan ok! Orang sport memang jaga kesihatan okkeyyyy –> dia kan suka bola

Dan perkara ni berjangkit dengan Ica. Masing-masing bersemangat nak beritahu kejayaan berjaya minum air masak berapa botol hari ni. Minum air dalam peti sejuk tu memang cuma saya cakap kita tak dapat kira tak bestle cenggitu. Masa ajar diaorang malam-malam pun botol air memang ada kat tepi sambil minum sambil ajar so diaorang dah terbiasa tengok agaknya. Lepas tu bila dah habis saya mesti tanya

Cuba teka Mama dah minum berapa botol hari ni???

Tulah saya cakap apa yang kita buat itulah yang anak kita akan tiru. Mula-mula dulu soalan saya yang teka saya dah minum berapa botol sehari tu dipandang sepi aje. Tapi bila dia combine dengan kau buat, tunjuk contoh, bagitahu kebaikan lama-lama diaorang akan mengikut juga.

oh back to fat to fit week 7.

18/2/17 – Saya keluar rumah dekat 6.40. Sampai taman 6.50 pagi. Takut juga nak keluar sebab nampak gelap kut takde orang ke. Sekali kereta dah penuh. Di sebalik kerabunan mata saya ni, saya nampak ramai dah orang lari-lari kat taman. So apalagi pakai kasut, strap handphone kat lengan tu terus keluar dan lock kereta. Ada nampak seekor dog tadi masa nak masuk parking tadi. Ni mesti kes tuan dia bawak jalan pagi-pagi kat taman adus bosan betul. Ni taman awam ok mana boleh bawak anjing, kucing ke. Bila dah lock kereta saya ada satu perangai suka check banyak-banyak kali. Papa cakap saya kurang self confidence haha. Sebab selalu elok dah orang tua tu nak jalan saya akan tanya soalan kita dah cabut iron plug ke tadi pa? Pintu dah kunci? Papa ni dia seorang yang sangat yakin dia cakap dah darling. Tapi saya is the opposite site akan racun are you sure? Tapi dia ni (maybe lelaki kot) dia dah tahu dah perangai saya dia akan cakap:

Dahhhhh Darling.. hehe

So bila kat taman tu saya sorang, hari pulak gelap lagi. Saya patah balik kat kereta nak lock balik kereta like 2x baru puas hati. Lepas tu secara tiba-tiba muncul anjing tadi dekat depan. Dia tengok saya, saya tengok dia. Lepas tu saya jalan slow, dia pergi kejar saya. Apa lagi pecutlah lari sambil terjerit haha. Memang terer sungguh lari masa tu dahlah laju sambil melompat atas batu jalan, melintas jalan sambil tengok belakang. Ada 2-3 orang mamat cina tengah berbual tepi tu mesti terkejut apehal dia ni anak anjing je kot kejar. I dont care. As long u are a dog, I will run + scream for help.

Ngeri betul ok. Saya ni pernah dikejar anjing masa kecil jadi trauma tu sampai sekarang. Ini first time kena kejar di usia 30an ok. Kali terakhir adalah masa saya darjah 4 macam tu. Mujurlah masa balik tu dia dah tak ada. Kut ye pun muka saya ni mungkin mesra kucing, tapi perlukah kau nak bermesra dengan auntie nak? Tak nampakkah riak-riak ketakutan di wajah auntie ni -_-”

Walaupun ada gangguan anjing, saya joging juga dekat 1 jam = 4 pusingan taman.

19/2/17 – Kali ni saya sampai terus join aerobik pukul 7.30. Biasalah baru 15 minit dah pancit. Lepas tu gangguan banyak mesej whatsapp masuk ingat apahal rupanya adik saya nak pergi Turki sebab ada conference semua orang nak bye dia. Ala dia dah besar dah kot, just cakap je bye Wan, jaga diri ok! –> kakak garang. Teruskan aerobik 45 minit lepas tu habis je sambung lari/ jalan 1 taman. Cukuplah sejam. Sukses!

xxxx

Penuh memori week 7 ni. Kena kejar anjing. Haih memang saya tak suka. Tapi bila bersenam kau rasa lebih segar, macam malas nak fikir benda-benda yang memeningkan kepala. Just lalui sahaja hidup ni. Berdoa + usaha sehabis baik untuk rezeki yang halal + jadi manusia yang lebih baik setiap hari.

Tapi kenapa pulak tajuk post ni ada Jenny?

Why i hate Jenny?

Jenny is that dog, i gave her a name.

Jenny jangan ganggu auntie besok ok.

You play far-far away.

I hate you but you made me run like Usain Bolt.

How can we hate makhluk ciptaan Allah kan.

Oklah Jenny cute I love you.

But please dont bug me tomorrow.

Bye.

#lovehaterelationship

#complicated

Kenapa pakai stokin muslimah ni best?

Hai. Tetiba nak cerita pasal stokin muslimah. Ada orang nak baca ke haha.

Sejujurnya lah tahun lepas saya dapat offer menjadi guest writer dekat satu blog baju muslimah. Tulis di situ setiap hari. Saya rasa maybe mereka trace saya dari post tudung neelofa saya yang kengkononnya evergreen tu. Kemudian saya dapat offer review baju raya dari Zalora. Dan Normah yang comel selalu minta saya review handsocks dia. Oh Normie sorry bukan tak nak review tapi diri sendiri gagal pakai handsock memang tak reti nak bagi review kalau macam tu. Dia kena macam artis ok, saya dah cuba produk ini saya dapati ia berkesan, ewah. Semua tu terpaksa saya tolak atas sebab-sebab yang tersendiri. Bagi saya review yang ikhlas ni lebih mudah sampai ke hati pembaca. Kadang baca fav blog yang balik-balik dia buat review rasa nak telan juga laptop ni. Bukan nak dengki iye memang rezeki dia tapi u knowlah kan susah hakak nak explain–>ineedgoodreads

Oh pasal stokin muslimah. Saya pernah google stokin muslimah, tapi tak jumpa yang dicari. I even asked Normah suruh jual stokin dia kata dia buat handsocks dulu. Cayalah Norm. Hari yang saya decide saya akan pakai stokin adalah hari seorang insan hadiahkan saya buku Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Tuan Fathuri Salehuddin. Nama dia Kak Su hai Kak Su yang merupakan loyal reader saya. Ada 1 bahagian dalam buku tu macam ni lah lebih kurang:

Apa lagi yang kita tunggu selain melengkapkan diri kita dengan segala kekurangan kita. Semua kita dah ada, keluarga, kerjaya, kasih-sayang, ibu-bapa. Adakah kita nak berubah bila Tuhan mula tarik perlahan-lahan apa yang kita ada di dunia ni?

Masa baca tu saya sedar ada part yang tidak lengkap dalam hidup saya. Mungkin saya berpakaian tu ok sikit tapi saya masih tak pakai kasut, stokin. Bila tengok orang pakai stokin saya macam kagum sebab bukan senang tau kau nak ke mana-mana pakai stokin. Keluar dari rumah pakai stokin. Pergi beli roti jap kena pakai stokin. Pakai seliper paling best ok!

Saya tak tahu mungkin yang baca ni semua dah pakai stokin saya aje yang baru (and not proud of it). Tak pasti tulisan ini akan sampai kepada siapa but someone will read it.

Hari tulah saya decide saya akan pakai stokin dan perlahan-lahan melengkapkan apa yang kurang dalam hidup saya. Tq Kak Su dan penulis buku. Tengok tulis buku pasal rezeki mana tahu boleh hit sampai orang terdetik nak tutup aurat kan. The power of writing.

Perjalanan mencari stokin muslimah sesuai ni mengambil masa dekat 2 tahun. Saya pernah beli stokin dekat Jusco, Sox World, Parkson, Avon dan banyak lagi. Mula-mula pakai skin socks lama juga lepas tu tukar jenis yang panjang sampai lutut, yang pendek macam-macam lah. Oh sandal dah 2 tahun tak beli. Memang mula-mula sedih tak dapat beli wedges or sandal cantik tapi lama-lama ok jek takde rasa apa pun. Gigih pakai kasut tinggi konon nampak kurus sikit padehal takde effect pun. Debab is debab. Noktah —> tetiba nak emo

Bila pakai stokin dan kasut ni saya rasa selamat. Entahlah tetiba nak rasa gitu. Even Ica pun dia beli kasut aje sekarang. Tapi dia kan ala stylo sikit pakai stokin belang-belang dengan jelly bunny/ sandal nampak comel lah budak-budak. Dah mak kau ni karang pakai gitu bakal dicemuh masyarakat pulak. Saya perasan kalau apa saya buat/pakai biasa jadi ikutan anak-anak. Ica suka pakai long sleeve, stokin, kasut padahal takde sapa suruh pun. Sebenarnya the easiest way to teach our children is us. Apa yang kau buat, itulah yang diikutnya. Perangai, tabiat. Semua tu. Your children is your mirror. Kau kuat merajuk, dia ikut–> contoh.

Saya tulis ni bukan sebab saya baik sangat. Saya still bila pakai long sleeve tangan tu automatic je nak melipat jadi 3/4 sleeve. Banyak sungguh kelemahan saya lagi dalam berpakaian yang masih saya usaha untuk perbaiki. Cuma inilah salah satu cara saya ingin berterima kasih kepada Allah swt atas apa yang telah dipinjamkan kepada saya selama ini. Keluarga, kerjaya, kesihatan, ketenangan hati, peluang menulis dan banyak lagi. Saya tak ada apa-apa alasan lagi untuk tidak berubah sebelum nama saya masuk dalam senarai dipanggil balik mungkin esok atau tahun depan nanti. I am just running out of time.

Oh saya share stokin muslimah paling best beli kat Mydin je uolls. Selesa, tak tebal sangat sesuailah untuk cuaca di Malaysia yang seram sejuk ni haha. Saya prefer yang pendek sebab yang panjang karang dia bergulung-gulung lepas tu diri pulak malas nak selalu betulkan. Kan saya cakap saya pernah try macam-macam jenis/ material. Yang ikut bentuk jari kaki pun ada. Yang kat Sox World tebal macam orang lelaki punya warna pun cerah sangat. Yang jenis ni sesuailah dengan kita yang ala-ala kuning langsat ni. Ada lagi satu set dia mix dengan soft pink itu kalau korang nak comel-comel bolehlah. Cute apa kalau kena gaya.

stokin muslimah paling best 1

Saya biasa beli banyak-banyak letak dalam dashboard. Satu pek ada 6 pasang.

stokin muslimah paling best 2

Suka kan tengok yang murah. Ya dekat Mydin aje. Ada banyak jenis. Yang ni paling selesalah saya rasa. Pergi kerja atau jalan-jalan pun best.

Sebenarnya pakai stokin ni tak susah mana bila kau nak pergi kerja ke. Dia jadi susah bila kau nak keluar pergi beli bawang dekat kedai Ah Moy dekat simpang, beli roti dekat Family Store. Tetiba malam Papa ajak tapau burger pastu dia ajak keluar dekat tepi laut menghirup angin pantai sambil makan sate celup. Kau jadi malas tahu tak kerana syetonnirrajim dalam hati akan bisikkan ala rilek ler uols kejap je rilek ler. Tapi korang kena jawab dengan tegas Ah jangan ganggu aku nak tutup aurat syeton, dasar syetonnirrajim (mestilah marah theyols ok). See kita akan menang dalam battle tu kalau kita tegas. Memang seksa kau pergi mana-mana rumah orang/ jalan-jalan ke nak masuk toilet kena bukak, kadang stokin basah bila keluar masuk toilet dapat pulak toilet awam yang tak semenggah, paling tension kau dah nak start kereta stok stokin pulak habis. Malas nak masuk rumah ambik masa tulah terdetik dalam hati nak skip aje.

Memang susah.

Tapi syurga tu bukanlah mudah kan.

Selain dari semua kesusahan itu, kaki memang jadi lembut aje. Takde masalah tumit pecah ke. Ingat lagi Kak Sufi kawan saya bagitahu yang ada sorang roommate dia (kat uni dulu) memang pakai stokin aje. Sekali tengok kaki dia aduhai lembut sangat kulit dia tak macam kaki kitorang yang macam jantan ni akibat berpanas memakai sandal 2-3 inci sampai tumit merekah. Lepas tu sibukkan nak beli krimlah apalah. Tapi masa tu saya macam Ooh ye ke takde pulak terbit keinsafan ke apa. Kalaulah dari dulu saya tahu keindahan menutup aurat dengan sempurna ni hati rasa tenang, selamat, doa mudah dikabulkan, murah rezeki, anak mudah menutup aurat dan mendengar kata mungkin saya telah pakai lebih awal. Mungkin stigma pemikiran dahulu cuma ajar menutup aurat (teori) tapi bukan keindahan atau kebaikan dengan cerita yang real yang boleh meresapi hati orang yang membaca dan mendengarnya. Atau saya yang buta sebenarnya.

It has been 2 years since I started wearing socks, started with skinsocks and still trying hard till now. Skinsocks tau kan yang nipis tu warna kulit betul, dia mudah koyak bila masuk mesin so totally tak win pun kalau beli.

Tq Kak Su hadiahkan buku Mudahnya Menjemput Rezeki kepada saya. Dari buku tu terdetik hati saya untuk pakai stokin, untuk melindungi bahagian yang terbuka selama ini, to be a better muslimah. Semoga Allah swt mengampunkan kealpaan saya sebelum ini. Amin!

Dari pengalaman saya yang sekelumit ini, kalau kita cuba menyempurnakan apa yang kurang pada diri kita ke jalan Allah, maka Allah akan menyempurnakan apa yang kurang dalam hidup kita. Hidup sentiasa rasa cukup dan bahagia dan rezeki akan datang dari segenap arah. Dan rezeki bukan tentang duit sahaja. Memang bukan.

Oh ya contoh stokin muslimah saya ni mungkin tak sempurna juga, please share korang beli dekat mana kalau tahu. Bye!

Never a pop star

Hari ni 15.2.17 saya tak boleh nak buat kerja.

Dari tadi macam tak concentrate.

Sebabnya Aiman dapat 8A dalamUPKK. Dapat tahu melalui sms.

Esok baru penyerahan sijil.

Menitik juga air mata saya masa tengok sms tu.

Check beberapa kali sebelum bagitahu famili. Kut salah ic number ke kan.

Sebab saya teringat kisah-kisah Aiman ni dari kecil lagi.

xxxx

Aiman.

Dari kecil selalu sakit, kembung. Pergi klinik tu biasa tengah-tengah malam.

Masuk hospital warded 3 kali.

Tangan kanan pernah patah. Baca dekat SINI. Saya ingat lagi masa saya pergi bagi MC dekat sekolah agama guru besar tu cakap saya teringin nak jumpa mak Aiman yang lasak sangat ni.

Here I come.

Dia cakap Aiman maksudnya bertuah. Ya memang sebab tu saya pilih supaya saya tak perlu cakap budak bertuah, budak bertuah haha.

Aiman yang masa tadika, cikgu dia cakap dia mengaji slow sangat ni kak. Tak tahulah nak ajar dia macamana.

Tak apa.  Saya sendiri yang ajar dia mengaji. Alhamdulillah dah pandai baca Al-Quran.

Aiman yang darjah 1 teacher cakap tulisan dan buku dia macam belacan.

Memang betul. Saya pun marah dia.

Ada sekali dia tanya kenapa dia tak dapat jadi pengawas, pustakawan, pembimbing rakan sebaya dan jawatan-jawatan gitu. Saya cakap ah jadi pengawas tu boring Abe–> jangan tiru haha.

Tapi dia teringin sangat.

Aiman yang kawan dia cakap awak takkan berjaya. Sebab tulisan awak buruk.

Sampai dia jadi depressed dan tak yakin dengan diri. Walaupun saya puji dah semakin ok.

Aiman yang berapa kali menaikkan darah juga sebab malas buat homework dan selalu buli Ica buat acah-acah nak smackdown adik kau tu. Tommy pun kena.

Aiman yang masa saya belajar dekat setahun dengan Irfan Khairi dia drop kelas dari kelas first ke kelas ketiga. Memang saya sibuk sangat masa tu dan inilah harga yang perlu saya bayar untuk jadi usahawan dan saya cakap sorry dekat dia.

Dia cakap tak apa Mama. Nanti Abang usaha lagi.

Aiman sekarang kelas ke 2 sekolah pagi dan petang.

xxxx

Aiman, never the performer.

Walau dekat kelas 1st dulu sentiasa kena kutuk, cikgu marah sebab homework tak buat, tulisan pun buruk, buku kena campak ke luar kelas.

Tapi saya tahu satu minat dia.

Dia suka subjek agama.

Ada tahun lepas dia bagitahu dia dah hafal Surah Al-Kahfi Ayat 1-10 tu.

I cried sebab diri sendiri pun tak hafal lagi.

Dia cakap Mama jangan risau, kalau malam Jumaat Mama nak suruh baca Surah Al-Kahfi, abang dah hafal dah. Kalau jadi apa-apa nanti, Abang akan selamatkan Mama. Surah-surah lain pun Abang dah hafal. Abang pandai hafal ustazah cakap.

Lepas solat Isyak malam tu I cried a lot.

Macam-macam benda kau buat di dunia ni simpanan persaraan lah apa lah, rupa-rupanya ada satu penyelamat ni yang akan bantu saya nanti.

Dalam hati saya selalu kesal saya tak pernah dapat hantar dia ke sekolah agama (yang full time). Sebab saya tahu dia suka. I guess this is the feeling yang parent2 hantar anak sekolah agama kan. Bahawa agamalah yang akan menyelamatkan anak kau di sepanjang hidup dia nanti.

Saya selalu pesan pada Aiman.

Aiman jadilah pendakwah yang moden. Bukan tak boleh yang biasa tapi macamana nak tarik kawan-kawan kita atau orang sekeliling kita suka pada kebaikan. Jangan pandang rendah budak kelas belakang. Tak guna kita dapat Adab A tapi kita tak beradab. Biar tak pandai tapi ada adab. Ok?

xxxx

Aiman tak pernah jadi popstar dekat sekolah.

Never the pengawas, pustakawan or PRS.

But Aiman today is the day.

I cried reading the sms, tak tahulah macamana nak face Aiman balik nanti.

I guess I will drama much or kita pergi beli jersi or bola dekat Al-Ikhsan.

Aiman yang sukeee sangat kat bola tahu semua jadual perlawanan dalam dan luar negara.

Aiman yang Mama tak benarkan ada Ig or Fb. Sian dia hehe.

Aiman I love you.

Thank you for the 8A UPKK 2016.

Kalaulah suatu hari nanti Aiman baca ni, tahu tak Mama tak pernah berhenti PERCAYA pada Aiman.

I always trust that you will fly high, more higher than me, in your own selamba way, walaupun selepas Mama tak ada.

Quran yang kita janji nak baca tiap-tiap hari sama-sama, kalau penat sangat 1 ayat pun tak apa asalkan dengan makna sekali, akan selalu guide Aiman nanti.

It is ok if you are never a popstar in school.

My pray is that you will always be the popstar di langit.

Insya Allah.

Thank you kalau ada yang doakan Aiman dulu DI SINI.

-loveuolls-

How i survive Fat to Fit Week 5 & 6

Hai.

Saya ada lebih kurang 4 agreement untuk didraf. 4 lagi untuk checking. Kadang-kadang aku pun tak paham kenapa diriku berada di dalam industri permainan huruf-huruf ni.

Bila hari cuti to balancekan cara kau berdiri antara bersenam, kerja-kerja rumah, menggembirakan keluarga. To be frank kadang-kadang lepas semayang i cried a bit sebab penat sangat. Kadang Tommy kena marah sebab kacau orang tengah nak feeling-feeling lepas semayang. Masa tulah nak ajak main masuk bawah sejadah. Oh Tommy gemuk why r u like this.

Satu-satunya masa untuk diri sendiri adalah waktu saya pergi bersenam. Maybe sejam je masa tu. Selalu avoid aerobik sebab penat dia melampaui batas dan dah lambat orang dah start.

Dan dah 2 minggu ni saya bersenam selama satu jam Sabtu dan Ahad pagi.

Bila joging, banyaknya berjalan sebenarnya, fikiran saya kosong. Kalau dulu sibukkan nak ambik gambar kasut tepi tali air sawah dan tasik (oh good old days bongok angat) ni sape dah lama baca blog ni je paham. Sekarang saya tak ada apa-apa sebab pun untuk ambik gambar ke. I just run. Like Run Forrest Run??? —> tetiba

4,5,11,12 Februari 2017 saya telah berlari selama satu jam setiap sesi di taman. Ini bersamaan 4 pusingan taman setiap sesi ok. Setakat ni tak ada perasaan nak sertai fun run ke sebab tak ada kawan dan idea berlari beramai-ramai ke satu destinasi pastu ada orang ambik gambar tu tak berapa nak click dengan akak yang merupakan pengerusi persatuan introvert kebangsaan. Tapi tak tahulah pada masa depan kan.

Apa-apa kau buat pun kau kena bangga dengan diri kau, no matter how small your achievement is.

And keep on running.

K bai. Hilang rindu dah.

Tunggu

Hai.

Saya rindu menulis. Rindu yang rindu-rindu-rindu tu tahu tak.

Kadang-kadang cakap soranq-sorang dalam kereta ayat-ayat yang sepatutnya saya taip, but I dont have the time. Yeah call me crazy woman, as long I am happy haha

….

Pagi tu pagi yang biasa sahaja. Pagi pertama naik kerja lepas Tahun Baru Cina.

Di depan saya, duduk seorang wanita yang manis. Sopan. Tudungnya labuh, baju dan seluarnya longgar. Pakai cermin mata seperti Ifaat Hamani (sape yang tahulah haha—> tetiba). Di sebalik sifat sopan dan ayu itu dan saya rasa dia muda sedikit dari saya (perluke nak beritahu), ada kesayuan pada wajahnya. Rasa sayu yang tidak dapat ditahan-tahan lagi dan rasa sedih yang tidak berpenghujung. Saya rasalah.

Dipendekkan cerita, sebab saya pun mengejar masa ni hehe. Wanita ini menceritakan skrip kehidupannya kepada saya. Bercinta 16 tahun sejak bangku sekolah, berkahwin. Belum ada cahayamata. Kemudian dia pandu kereta, accident teruk. Dia cedera teruk, suami lebih parah. Dua-dua recover. Tetapi, suami berubah selepas kemalangan. Mungkin seperti menyalahkan isteri dia atas kesakitan dia pada hari ini. Mungkin. Siapa kita untuk judge orang yang kita tak pernah kenal ye tak.

Oh saya bukan ambil kes syariah ya. Ini beli rumah dari bekas suami.

Kadang-kadang waktu bercerita, muka dia seperti nak menangis. Tapi sebab saya buat muka gagah saya tu, saya rasa dia bertahan.

Ada soalan yang masih terngiang-ngiang di telinga saya sampai ke hari ni.

“Puan, 16 tahun saya kenal dia, tak adakah sedikit rasa kasih dan sayang dia untuk saya sehingga saya diceraikan begini?”

–>Saya rasa ada. Cuma mungkin dia menafikannya. Saya menjawab.

“Puan ke mana-mana pun saya pergi saya mesti teringatkan dia. Mahkota (Parade) dan semua tempat di Melaka ini saya teringatkan dia. Lupakah dia dekat saya Puan selepas 16 tahun kami kenal sejak bangku sekolah lagi?”

–>Saya rasa dia ingat, sama sahaja seperti Puan. Cuma mungkin dia ada alasan yang tersendiri.

–>Puan, dari tadi saya asyik dengar Puan sebut tentang dia. Risaukan dia yang sakit, murung dan semuanya.

“Saya sayangkan dia lagi Puan”.

–>Puan, saya rasa Puan kena MOVE ON. Puan kena maafkan dia.

“Saya dah lama maafkan dia Puan”.

–>Bagus. Kalau macam tu Puan doa dengan ikhlas semua perkara yang baik-baik tentang dia. Doa dengan seikhlas hati mungkin sehingga Puan menangis waktu berdoa tu. Kemudian Puan teruskan hidup Puan.

–>Lepas tu Puan TUNGGU.

“Tunggu apa Puan?”

–>Tunggu bahawa Allah akan balas beribu-ribu kali perkara yang lebih baik kepada Puan kalaupun tak di dunia, pasti di ahirat nanti. Yang pada satu hari nanti Puan akan bersyukur atas apa yang Puan lalui ini. Ya nampak memang sangat tak logik sekarang. Tapi TUNGGU.

“Betul ke Puan?”

–>Betul. Tapi jangan percaya pada saya. Percaya pada janji Allah.

Lama dia terdiam, kemudian dia tersenyum.

“Terima kasih Puan”.

Berlalu di depan saya seorang wanita muda yang manis, sopan yang memang tidak saya kenali sepenuhnya. Kadang-kadang semua yang berlaku adalah rahsia Allah. Siapalah kita untuk judge dia, bekas suami dia. Doakan yang baik-baik sahaja. Saya percaya suami dia ada sebab kukuh untuk melepaskan seorang isteri semanis Ifaat Hamani ini.

Kadang-kadang, masa yang lebih lama dari 16 tahun diperlukan untuk kita lebih mengenali seseorang kan.

xxxx

Betullah, dunia ini memang sementara sahaja.

Yang benar,

Kak Dalin Peguam Syarie Negeri Melaka yang tak aktif

#this is real story

#dari bilik peguam ewah hashtag

Fat to fit 2017 – Week 4

Hai.

Mengantuk dah berapa kali terkuap ni.

Tapi rindu nak tulis.

Program Fat to fit 2017  saya masih berjalan.

Kena update dekat sini supaya satu hari nanti saya akan baca semula. Akan tiba hari yang saya rasa semua ni adalah membuang masa dan tak beri apa-apa kebaikan pun. Setakat ni hari tu belum tiba lagi dan, saya telah pun mendapat beberapa kebaikan dari program yang saya cipta sendiri ni heheh. Actually saya ni tak aktif media sosial jadi kebanyakan tips ni saya perolehi dari majalah Mingguan Wanita. Dari bersenam, kisah kurus, makan kekacang, minum air, resipi sihat semua kat situ. Kalau rajin baca majalah ni maybe korang akan faham apa saya cakap ni. Tqsm Mingguan Wanita —> tetiba

28.1.17 (Sabtu)

Pagi jogging 45 minit macam tu di Taman Bukit Serindit Melaka. Tengah jogging jam pulak rosak. Kau macam alamak time ni pulak dia rosak padahal tengah kira masa 1 jam nak balik tu. Sebagai seorang yang kononnya sangat organized, well prepared etc benda-benda macam ni memang potong feel jugalah. Lepas tu lari balik rumah bersiap sedia nak pergi meminang untuk adik ipar di Felda Jelai, Negeri Sembilan. Alhamdulillah settle walaupun jauh juga tu dekat 4 jam pergi balik. Tak apalah bukan selalu.

29.1.17 (Ahad)

Joging lagi 45 minit. Tak taulah kenapa jadi 45 minit takde mood ke apa agaknya. Letih kot sebab Melaka pun jammed teruk cuti raya Cina.

Minum air mineral 2-3 botol sehari

Minggu lepas saya dah tingkatkan minum air mineral 2 botol iaitu sekurang-kurangnya 1500ml sehari. Minum air banyak ni memang mengurangkan ketagihan saya terhadap kopi. Guna botol yang tak berapa besar dan target by pukul 1 mesti habis sebotol, by pukul 6 dah settle botol yang kedua. Selain tu kulit muka memang jadi lembut (moist) dan perut pun jadi flat sikit (pengakuan maut haha). Rasa menyesal lak tak minum air banyak sejak 11 tahun yang lepas. Yelah kalau ikutkan ibu-ibu ni dah berapa kali body macam Michelin manalah perut tak tebal sikit. Takpe jangan putus asa uols. Saya rasa kalau kita jaga makan dan minum memang akan beri kesan kepada kesihatan badan secara menyeluruh nanti ewah….

Oleh kerana ada beberapa kesan baik terhadap kesihatan badan, saya dah upgrade minum air mineral ni kepada 3 botol sehari bersamaan dengan 2250 ml (750ml x 3) sejak 1.2.17. Alhamdulillah ok berjaya sampai hari ni. Macam tak percaya juga sebab dulu saya minum sebotol aje kan. Kalau dulu saya kopi, kopi dan kopi sekarang saya berjaya ubah habit ni. Rasa takkan tambah lagi kot maintain aje 3 botol ni bulan ni.

Caranya mudah target by pukul 11 1 botol, pukul 4 dan pukul 7. Kalau kena drive bila sampai baru minum.

Bye

Oh saya letih betul ni. Kaki lenguh tak sudah seharian joging-masak-kemas rumah-tolong anak buat mini library-kemas balik-blablabla. Satu rumah dah kemas except bilik office saya ni. Dah tak rupa office pun sebab semua barang dekat bilik lain yang tak pakai kena sorong masuk sini. Oh I need more cuti please.

Jumpa lagi.

Tidur lena ok. Bye!

Buku

Hai assalam.

Sejak beberapa minggu lepas bila pergi Popular rasa terganggu.

Sabtu biasanya bawak anak pergi sana beli buku. Suka tengok diaorang pilih buku yang best yang cantik, perkara yang saya tak dapat masa kecil dulu. Masa kecil saya banyak habiskan baca buku pengembaraan Enid Blyton (hence the sifat investigator haha) dekat library sekolah dan kalau dekat rumah baca semua buku sastera ayah (hence the sastera side of me). Ayah saya guru sastera, sejarah dan matematik. Saya baca Seorang Tua Di Kaki Gunung, Hikayat Malim Deman, Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup dan kalau bosan sangat saya baca buku ayah masa dia belajar dekat UKM dulu.

I just live with books.

Sekarang ni saya tengok macam ada trend jadikan fb status jadi buku.

Kalau Prof Muhaya tu ok.

Or Dr Anwar Fazal- yang ni sebab memang dia publish new quotes untuk jadikan buku. Bukan yang kau pernah baca.

Saya pernah beli buku yang glamer sangat tapi saya baca suku aje kot. Sebab dia kompilasi blogposts penulis tu.

Buku bagi saya adalah sebuah buku yang bercerita.

Yang kau duduk di satu sudut dan tenggelam membacanya.

Bukan petikan kata-kata.

It must be a story.

Ada intro, isi dan penutup (like a goodbye).

Yang kau perlukan the best bantal, or the best couch untuk baca.

And maybe a cup of coffee.

I just miss reading a good book.

A real book.

Risau juga dengan publisher sekarang yang kumpulkan status fb buat buku.

Especially for business.

Apa-apa perkara pun kau kena pergi kelas, berguru, beli buku yang bagus atau belajar dari sepak terajang dunia itu yang sebenar (hard yet the best way).

Tiba-tiba rasa risau adakah anak-anak saya akan baca buku status media sosial orang aje nanti.

No kids.

U must read.

A real good book.

#sendiri meroyan sendiri tak nak tulis buku

Best sangat ke makanan kucing Royal Canin ni?

Hai. Lama cuti Chinese New Year? Saya masih cuti lagi. Kali ni update blog sebelah ada anak sorang tengok tv- kartun, sorang lagi main ipad. Memang ajaib sebab saya biasa blogging tak boleh ada orang, kena sunyi sepi.  Tak apalah kena biasakan diri kalau tak sampai sudah blog tak berupdate. Kali ni saya share pengalaman saya bagi kucing makanan Royal Canin yang kononnya glamer sangat tulah.

Dulu saya pernah cuba bagi Elle tapi dia macam suka kibbles yang biasa tu. Bila bagi dia Royal Canin (RC) ni dia macam tak lalu sangat. Bila bagi kucing lain kat luar makan kibbles biasa tu dia pun tumpang sekaki. Saya memang malas nak tulis pasal zat, khasiat RC ni sebab itu korang boleh google atau tanya pada vet/ kedai. Perkara yang saya share dekat blog ni biasanya apa yang saya lalui/ pengalaman saya. Tapi bila google pun macam tak ramai orang yang share pengalaman dia jadi biarlah saya tulis sikit-sikit dekat sini.

Kalau sekali fikir eh mahal pulak Royal Canin ni kan. Satu beg/ guni tu harga dia ratusan ringgit. Tapi ada kedai yang jual repack macam ni. Sesuai kalau korang saja nak try/ test atau takut membazir macam saya karang beli tak nak makan pulak.

harga makanan kucing royal canin 2

Harga satu pek Royal Canin ni satu kilogram = RM18.90. Saya beli di kedai pet di Bukit Baru, Melaka. Ada kedai macam Klinik Vally tu jual lagi mahal macam 500 gram RM15 macam tu. Saya pun tak faham mungkin tu yang baru repack ke. So far beli yang ni ok jek selesai budak-budak ni makan termasuk kucing luar yang menyelinap masuk rumah.

harga makanan kucing royal canin 3

Ok yang saya beli ni adalah jenis makanan kucing Royal Canin Fit 32 untuk kucing dewasa. Ini semua atas saranan Dak Papa yang sentiasa ada reasoning khas nak membeli barang pilihan dia. Alasan dia beli Fit 32 ni adalah sebab kucing adik dia Lulu sihat gemuk aje makan Fit 32 ni sejak kecil. Sebab Papa ni dia tahu saya malas nak fikir sangat tapi inspektor sahab jadi dia perlu ada reasoning yang kuat haha. Sebab saya mesti ada jawapan balas seperti – Pa tapi Dak Tommy ni kan kecik lagi baru 4 bulan kenapa lak nak bagi untuk kucing dewasa ni? Bila ada bukti yakni Lulu yang comel jadi alasan dia kukuh lagi boleh diterima so I rest my case —> nasiblah ada bini lawyer tehehe.

harga makanan kucing royal canin

So inilah rupa satu beg besar Royal Canin ala guni harga dia 10 kilogram dalam RM168 macam tu. Ini kedai pet besar di Paya Ikan, depan masjid Bukit Baru, Melaka. Kedai tu best sebab kau tanyalah apa pun cara penjagaan arnab ke, dari mak bapak owner kedai dia yakni boss, sampailah anak-anak dia yang lelaki perempuan sekolah menengah akan rilek je jawab kena buat gitu gini dengan bersungguh-sungguh. Orang berniaga begini memang bagus sebab dia ada pengetahuan tinggi tentang produk dan pengalaman yang tak boleh dijual beli. Orang keluar masuk kedai dia memang tak henti-henti maybe sebab rasa selesa orang tanya dia jawab je. Dekat luar kedai ada 4-5 mangkuk untuk stray cats makan. Saya bajet mana kitten  yang comel tu dia ambik jual kot tapi at least dia sudi bagi makan yang kat luar semua tu respect jugak lah.

So far bagi Royal Canin Fit 32 ni ok juga. Memang ada banyak jenis yang lain rasanya untuk kitten/ anak kucing ada yang lebih mahal juga. Saya suka beli yang pek sekilo ni sebab takut masuk angin sebab budak dekat rumah ni mengada jugak nak yang crunchy aje. Nanti nak try yang jenis Mother & Baby punya, atau yang berbulu lebat ke. Bagi saya yang penting dia sihat, gigi tak patah kut keras sangat ke. Lagipun si Kitty yang sedang bunting kali kedua pun selalu makan jugak so maybe try yang Mother & Baby kot lepas ni. Macam-macam dorang ni nak meniaga makanan untuk ibu kucing pun ada -_-“.

Ok kebaikan utama Royal Canin ni selain kucing sihat adalah najis kucing tu tak berbau sangat. Ha ni sape tak bela kucing mesti rasa geli geleman baca haha. Saya taubat dah beli yang pek wet food kecik macam Whiskas/ Friskies dalam tin tu ke sebab bau najis dia memang urmmm. Kucing saya toilet trained maksudnya dari saat pertama dia masuk rumah kita dah kurung dia dalam toilet yang kita jarang guna.  Biar dia makan/ minum dekat situ. Boleh main tapi masukkan balik lah. Bila dia dah membuang 3-4 kali dekat situ dia akan terbiasa dan lepas tu kerja kita dah senang. Tak perlu nak pasir ke just siram aje. Dan boleh lepas aje dalam rumah walaupun waktu kita tak ada. Teknik ni Papa yang ajar sebab dia ajar kucing dia dari kecik semua macam tu. Syaratnya kucing tu kecil lagi, masuk je rumah kita terus train bukan dah lama memang kirim salam. Macam saya ada 3 tandas, kita pilih bilik mandi dekat belakang yang tak guna sangat so dekat situlah kita train dia. So far semua ok takdelah pening nak uruskan pasir bagai ke. Dont worry I am a clean freak toilet memang bersih cuci dengan Dettol lagi ok.

Saya ada baca satu majalah tentang kucing memang bagus cover depan dia gambar Mark Adam. Dekat situ banyak sangat info antaranya tentang Royal Canin ni. Entah mana majalah tu nanti saya snap gambar. Ada jugak info kenapa kucing suka tidur dekat muka, very informative lah.

Oklah. Itu sahaja saya share kali ni tentang makanan kucing Royal Canin. Saya rasa bergantung kepada jenis, ada harga yang mampu milik juga. Kalau nak cuba beri kucing makan, mula-mula memang dia buat taktau aje, tapi biar aje jangan bagi makanan lain, nanti dia makan juga. Beli yang pek kecil dulu, cuba tengok dia suka tak? Yang penting kucing kita sihat sebab bila dia dah sakit, kita pun susah juga nak jaga sebab ada kerja lain dan kita pun bukannya reti sangat kan.

So Tommy makan makanan kucing Royal Canin Fit 32 ni sihat ke dia???

harga makanan kucing royal canin 4

Lihatlah si gemuk ni. Tidur aje kerja dia. Dia memang sihat. Gebu gebas bulu dia. Ya abaikan cebisan popcorn tu. Bye!

Aku + secawan coffee latte (Fat to fit Week 3)

Hai blog. Salam. Rindunyeee….

Masalah underline post masih ada jadi memang pasrah aje buat post SEO lepas tu tak boleh garis perkataan. Ke dah ada teknik terbaru SEO tak perlu garis lagi oh semua kau tak tau —> pitam. Still hutang 1 post SEO untuk blog ni untuk bulan Januari 2017—> menangis di bucu laptop.

1 jam

Sabtu lepas saya buka cpanel. Cpanel ni macamana pula nak terangkan ya. Saya ada beberapa blog dan website, cpanel ni macam rumah dia. Oleh kerana saya bukan teknikal sangat, cpanel ni saya buka setahun sekali aje. Di situ ada juga data pembaca blog. Buka pun sebab nak backup blog, mungkin nak tukar theme. Nak pitam pulak rasanya tengok theme yang sama dah 2 tahun, tapi fobia juga. Dulu pernah tukar terus tak boleh taip apa.

Bila saya klik Awstats ke apa nama dia tu, saya tengok ada pembaca blog ni yang membaca lebih dari 1 jam di sini. Apakah korang study ke apa blog akak ni? Ini ada unsur-unsur ngeri okeh. Nak baca boleh, tapi jangan nak macam-macam ye haha. Terima kasih sudi baca. Bagi seorang penulis macam saya, tidak ada apa yang lebih membahagiakan bila orang baca cerita yang kau tulis. Kalau dia kata ala tak kesah orang baca ke, dia tipu. Dalam hati suka lettew. Baca boleh tapi jangan judge okeh.

Tulis dari hati

Hidup sibuk macam biasa. Kadang Tuhan memberi rezeki kepada kita dari sumber tak terduga. Hilang rezeki ini, dapat rezeki yang lain. Hidup saya masuk office, sign, keluar meeting, always on the go. Cuba untuk istiqamah solat sunat setiap hari especially solat dhuha. Alhamdulillah walaupun penat sangat-sangat, rezekinya ada dan berterusan. Kena percaya bukan klien yang bagi rezeki, tapi DIA. Kena tanamkan dalam hati perkara ni.

Anak-anak belajar pun macam biasa. Berjaya juga pujuk minah kecik Ica untuk istiqamah solat 5 waktu. Berbeza tau nak didik anak lelaki dan perempuan bersolat. Tapi lain kali saya cerita ok.

Bila tulis post-post SEO saya tulis sekali je saya tak baca balik sangat. Bila tulis post pendek-pendek cerita dari hati mesti baca balik banyak kali. Rindu ke tulis merapu? Mungkin.

Bila kau suka menulis lepas tu kau tak sempat menulis like something is missing in your life. You are happy but something is not there. Saya selalu doa semoga Allah swt akan menggantikan perkara yang hilang dalam hidup saya dengan perkara yang lebih baik. Dan DIA tak pernah mengecewakan saya, sentiasa bersama dengan saya. Alhamdulillah.

Fat to fit Week 3

21.1.17 – Sabtu

Dah minggu ke 3 jadi saya tingkatkan masa bersenam kepada 1 jam. Sampai bila kau nak berada di takuk lama setengah jam tu ewah eksyen haha. Bagi saya bersenam ni kau kenalah happy-happy jangan nak memaksa diri. Bila rasa dah bersedia tu tingkatkanlah masa khens.

Sabtu lepas gigih ok pergi taman joging setengah jam, lepas tu join auntie2 senamrobik lagi setengah jam. Tak hyper sangatlah tapi auntie ni kelakar. Saya mudah klik dengan orang yang kelakar. Rasa cam nyesal lak kenapa lah tak join group auntie ni lebih awal. Nampak ah-soh je auntie tu tapi body dia fit ok. Lepas tu bagi arahan macam komander kalau kau silap buat tu dia jerit tak tahan nak dengar. Dah buat tu balik rumah kagum pulak dengan diri kaki sekadar lenguh takde apa sangat pung —> riaklagitakabburlettew

25.1.17 – Rabu

Lepas tu Melaka hujan sampai Selasa. Papa pulak Ahad tu pergi berbasikal beramai-ramai under marathon basikal. Rabu petang saya gigih joging setengah jam, lepas tu aerobik setengah jam kali ni join grup hyper. Kalau zaman dulu boleh buat jumping jack (lompat bintang) tu sekali 80 set takde hal. Ni nampak sangat kau dah kertu sekadar 50 aje dah semput. Dasar fatty! Oh ini adalah cabaran tahun ni Dalin Ali sila jumping jack 100 set tanpa henti kalau berjaya memang power. Memang nak putus nafas jugaklah beraerobik ni. Kadar kelenguhan kaki tu tak dapat nak dibayangkan bila kau kena melompat-lompat dekat setengah jam tu.

Minum air mineral 1.5 liter (siang)

Ok minum air mineral juga dah ditingkatkan. Tip dia jangan minum kafein pagi-pagi ke. Rupanya air mineral ni menghilangkan ketagihan tau.  Tak adalah rasa coffee craving lagi. Bila dah habis sebotol top up lagi untuk petang. Bila kau ada target (2 botol) kau akan jadi lebih fokus. Kulit muka pun lebih moist. Bila cucuk dengan jari dia macam lembut aje tak ada rasa mengelupas/ kering ke apa.

Kalau nak travel bila nak sampai or tahu capaian nak ke toilet tu berapa minit baru minum air. Kalau tak karang kau rasa nak lempang aje sape yang tegur kau masa kau nak cari toilet haha —>#ukeepquiet. Ada 1 hari yang gagal juga minum 1.5 liter ni bila ada meeting tak sudah-sudah. Cuba biasakan bawa botol ke mana-mana. Tengok budak Herbalife kagum je tengok dorang bawak botol Herbalife 4 ke 5 liter tu kan. Makan kat kedai sila order air suam ye. Saya kan selalu serba-salah dulu eh kesian pulak pakcik/ makcik ni aku order air kosong je. Karang dia untung sikit je camne. Selalu nak serba-salah gitu padahal orang tu takde kesah pun. Oh kalau camtu masa bayar tu tak payah ambil baki. Kira bayar air le tu khens.#pergolakanperasaanyangorangtakpaham

Roti wholemeal

Roti ni kan memang saya letak dalam kereta/ rumah/ office. Kalau lapar sangat kena makan dulu. Pagi buat benjo (telur tu) makan dengan air mineral, kenyang sampai tengahari gitu. Sementara tu makanlah lagi sekeping gitu kalau lapar nanti. Kalau malam lapar sangat buat milo + susu fernleaf family cecah roti ni sedap juga. Kenyang. Makan nasi saya still macam biasa, nasi separuh lebihkan sayur + ayam/ ikan. Kat rumah makan beras herbaponi. Tak jumpa lagi kaedah menggantikan nasi yang sesuai dengan diri saya. Pernah je tak makan nasi lepas tu petang kau macam naga kelaparan. Daripada saya jadi grumpy baik saya makan nasi asalkan tak over. Ni cuti panjang bahaya juga family semua suruh makan ye, makan ye sebab diaorang tahu saya suka makan tak cerewet T_T

Coffee talk

Ok kopi ni saya rasa memang sedap. Pernah nampak kat Ig Dr. Zubaidi tapi dekat Melaka ni ada satu je stokis kot. Kalau berjaya habiskan 1.5 liter air mineral saya reward diri dengan minum sikit kopi ni. Sikit je. Memang tak rasa nak minum kopi lain macam Indocafe tu lagi ke. Lagi satu dia tak manis. Papa pulak dia buat-buat sweet lettew sentiasa buat surprise ada stok baru kopi ni dalam peti sejuk. Naik motor pergi beli sebab area tu selalu takde parking. Terharu Mak taw 🙂

Fit ker???

Bila mula jaga makan dan bersenam ni memang badan rasa fit juga walaupun sibuk dengan kerja dan family. Dulu malam mesti ada nak update blog itu ini tidur lambat badan pun jadi letih. Sekarang lepas jadi cikgu tuisyen dekat rumah, pukul 10 malam je jom kita tidoooo. Ni dah minum secawan cofee latte barulah boleh berjaga ni ha. Walaupun coffee tu tulis dekat kotak tu – eyes wide open, saya kalau dah ngantuk sangat tidur juga….

Oklah uols. Fuyyo 1140 patah perkataan ni. Kalaulah buat artikel semudah ini mesti setiap Jumaat saya siapkan 1 artikel hehe.

Jaga diri. Mula bersenam. Just do it!

Jumpa lagi bye!